suria

Bapa penyanyi Camelia meninggal dunia akibat kanser usus

Allahyarham Abang Khalid meninggalkan tujuh anak termasuk penyanyi dan model Camelia.

BAPA penyanyi dan model, Camelia iaitu Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki meninggal dunia pada pukul 5.43 pagi Jumaat akibat menderita penyakit kanser usus.

Allahyarham yang juga presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) cawangan Sarawak meninggal dunia pada usia 74 tahun di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Sarawak menaiki pesawat pada petang Jumaat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Kuching.

Pekema Sarawak chairman Datuk Abang Khalid Abang Marzuki (right) presenting a donation of RM30,000 to Kolej Abdillah PTA chairman Adenan Bukra (left), witnessed by Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud (second left) and alumni association patron Datuk Putit Matzen (centre) and president Datuk Misnu Taha.

Foto kenangan Allahyarham Abang Khalid (kanan) yang dirakamkan pada Oktober 2011.

Pada 25 November lalu, Abang Khalid dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Timberland di Kuching selepas mengadu sakit perut sebelum didiagnos menghidap kanser usus tahap tiga.

Semasa hayatnya, Abang Khalid pernah diberi tanggungjawab mengemudi Persatuan Sepak Takraw Sarawak dan menjadi Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Semariang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lily Johari, tujuh anak termasuk Camelia atau Datin Seri Dayang Noor Camelia beserta lapan cucu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain