suria

Sebak single pertama ‘Cinta Hati’ dapat pujian, bintang TikTok mahu dikenali sebagai Araf Aziz bukan lagi Lisa Blackpink!

Araf mahu menggunakan nama komersial sebagai Araf Aziz dan bukan Lisa.

MUNCUL dengan single sulung berjudul Cinta Hati, personaliti media sosial Araf Aziz sebak hingga menitiskan air mata apabila membaca komen positif penonton di laman YouTube.

Kata Araf atau nama sebenar Mohamad Asyraf Abd Aziz, 28, dia tidak menyangka percubaan pertamanya bergelar penyanyi menerima sambutan baik netizen.

"Sebelum ini di TikTok, Instagram, YouTube memang saya selalu dikecam tapi tak sangka video muzik lagu baharu ini menerima komen positif daripada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun risau nak balas mesej jejaka Melayu ajak ‘gewe’, TikToker Cina fasih cakap Kelantan makin laris!

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja miliki 1.1 juta pengikut di TikTok dedah ada pihak bengang tawaran reviu judi online ditolak

"Apabila baca komen mereka itu saya menangis, saya terharu kerana mereka boleh terima saya dalam industri ini... saya tak malu mengakui menangis semasa siaran langsung di aplikasi TikTok.

"Alhamdulillah rasa puas sangat sebab hasil kerja keras kami akhirnya membuahkan hasil dan syukur Cinta Hati diterima pendengar di luar sana... ini juga adalah peluang untuk saya ketengahkan diri sebagai Araf Aziz dan bukan Lisa Blackpink," katanya kepada mStar.

araf 2Araf Aziz terharu single pertama dapat pujian.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aiman Sidek itu menerima lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik pada 1 Januari lalu dan menjadi trending di laman YouTube.

Cinta Hati mengisahkan tentang luahan hati dan perasaan sayang seseorang yang tidak mampu diluahkan, namun perasaan itu ditunjukkan melalui perbuatan.

Walaupun saya ada masalah pendengaran tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang

ARAF AZIZ

TIKTOKERS

Dalam pada itu, anak kelahiran Kuala Terengganu ini menafikan dakwaan kononnya syarikat rakaman menjadikan kekurangan pada dirinya sebagai bahan untuk meraih simpati pendengar.

"Saya tak fikir ada pihak yang nak ambil kesempatan kepada saya dengan buat lagu sebab untuk lagu pertama ini saya sendiri yang tawarkan diri dan pihak 4U Entertainment bersetuju untuk hasilkan satu lagu.

lisa 3

Araf berterima kasih atas sokongan netizen terhadap lagu pertama nyanyiannya itu.

"Walaupun saya ada masalah pendengaran tapi saya tak jadikan itu sebagai penghalang. Mungkin ada yang fikir saya tak boleh menyanyi tapi tak salah kita mencuba apa sahaja peluang yang ada.

"Cuma saya nak beritahu, di luar TikTok saya mahu dikenali sebagai Araf Aziz dan Lisa itu hanya karakter dalam aplikasi berkenaan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain