suria

Karya Mawi hampir kena rompak! Grup Telegram rancang sebar telefilem ‘Hantu Kuat Ketawa’ secara haram

Telefilem Hantu Kuat Ketawa hampir disebarkan secara haram.

PENYANYI dan penerbit Mawi meluahkan rasa kesal apabila telefilem Hantu Kuat Ketawa terbitannya yang sedang disiarkan di Astro First cuba disebarkan secara haram di aplikasi Telegram.

Pemilik nama sebenar, Asmawi Ani terkilan hasil kerja kerasnya menghasilkan karya berkenaan hampir dirompak pihak tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Mawi disangka bermasalah... Ekin jawab punca tak teman ke pelancaran filem

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi bukukan kisah suka duka bergelar bintang popular, harap dapat jadi sumber inspirasi

Susulan itu, Mawi berkata, dia dalam perbincangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan

"Setakat ini, kami memang ada berbincang untuk ambil tindakan dan masih memantau mana-mana pihak yang cuba menyebarkan secara haram.

Mawi sedih apabila mengetahui ada pihak yang cuba merompak karyanya.

Mawi mahu ambil tindakan undang-undang.

"Buat masa ini, masih belum tersebar lagi. Cuma platform untuk nak sebarkan itu sudah ada. Kalau terlepas, baru kami ambil tindakan.

"Harap pihak yang cuba merompak hasil karya dan merosakkan industri filem sedar ia satu perkara yang berdosa.

"Kesianlah pada kami yang penat buat kerja... senang-senang saja nak curi. Yang turut serta dalam platform itu pun, menyedihkan," katanya kepada mStar.

Memang sedih bila tahu ada orang sanggup buat macam itu.

MAWI

PELAKON & PENGARAH

Sebelum ini, Mawi memuat naik paparan skrin Telegram memaparkan aktiviti sebuah group di Telegram yang menarik orang ramai menonton telefilem itu secara percuma.

Berang dengan tindakan tersebut, penyanyi berusia 40 tahun itu memberi amaran untuk mendakwa pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini berkata dia mengetahui perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh seseorang.

Mengakui sedih dengan apa yang berlaku, Mawi berharap mana-mana pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah yang sudah lama terjadi itu.

Mawi 2

Antara babak Saiful Apek dengan Anas dalam Hantu Kuat Ketawa.

"Ada orang kongsi kepada saya yang ada pihak buat Telegram untuk ajak orang tengok secara percuma saja telefilem itu.

"Memang sedih bila tahu ada orang sanggup buat macam itu. Kita buat filem ini bukan senang, benda ini (cetak rompak) dah lama terjadi.

"Tapi tak pernah selesai, saya pun tak berapa pasti siapa pihak yang bertanggungjawab pantau dan halang masalah ini," ujarnya.

Untuk rekod, telefilem lakonan Along Cham, Zarina Anjoulie, Syanie dan Saiful Apek itu mula ditayangkan pada 27 Januari lalu menerusi Astro First.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain