TIGA tahun menjalinkan persahabatan, akhirnya pelakon Zaki Azeman selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali Raa Suzuran pada Rabu lalu. Mengakui bukan mudah untuk meneruskan hubungan ke tahap ini, Zaki, 28, berkata dia perlu bekerja keras memikat hati tujuh orang bakal abang ipar terlebih dahulu termasuklah pengacara, Jaa Suzuran. "Raa ni anak bongsu dari lapan beradik dan dia seorang sahaja perempuan, jadi bukan mudah nak memenangi hati tujuh abangnya yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran kumpul duit kahwin, terima calon pilihan ibu ARTIKEL BERKAITAN: Jaa Suzuran seronok buat ‘drama’ live streaming, kagum ada streamer jana pendapatan lumayan melalui permainan video "Bayangkan tiga tahun kenal barulah dia berani beritahu abang-abangnya mengenai saya. Sebelum ini Raa tak pernah berkawan atau bercinta dengan mana-mana lelaki... jadi bila nak bercerita tentang saya agak sukar. "Nak kenal abang-abang dia itu lebih susah berbanding mak ayah dia tetapi disebabkan saya memang bersungguh-sungguh dan serius mahu menghalalkan hubungan ini, jadi saya beranikan diri menghadap abang-abang Raa. Raa sangat rapat dengan tujuh abangnya termasuklah Jaa Suzuran. "Sejujurnya agak susah juga nak pikat hati abang-abang dia tapi Alhamdulillah mereka semua terima saya dengan begitu baik sekali," katanya kepada mStar. Pada Rabu lalu, Zaki mengikat tali pertunangan dengan influencer dan streamer berusia 23 tahun itu. Majlis diadakan secara sederhana dihadiri keluarga terdekat di kediaman Raa di Kota Bharu, Kelantan. Sebenarnya saya dengan Raa mula berkenalan menerusi Instagram kira-kira tiga tahun lalu! ZAKI AZEMAN PELAKON Dalam pada itu, pelakon drama Gila-Gila Cinta ini tanpa berselindung mengakui salah seorang abang Raa yang sukar untuk didekati ialah Jaa Suzuran. "Walaupun kami sebaya tapi dia paling susah nak rapat, yang lain okay! Masa mula-mula jumpa pun susah nak bercakap tapi bila dah kenal baru saya tahu dia bukan begitu, dia cuma tak nak tunjuk saja. Sebenarnya dia la yang paling teruja menyiapkan semuanya mengenai majlis kami ini. Sahabat baik Zaki sejak zaman persekolahan iaitu Khai Bahar turut hadir memeriahkan majlis di Kota Bharu, Kelantan. "Alhamdulillah Jaa terima saya dengan baik, saya boleh kata dialah orang paling sibuk pada majlis itu. Iyalah Raa ini adik yang paling dia sayang," ujarnya. Berkongsi detik perkenalan mereka, Zaki berkata dia mula meminati Raa sejak mereka berdua aktif dalam permainan video atas talian. "Sebenarnya saya dengan Raa mula berkenalan menerusi Instagram kira-kira tiga tahun lalu, hubungan kami itu menjadi lebih rapat bila kami berkongsi minat sama iaitu main permainan video "Raa pun dah biasa dalam industri hiburan, jadi dia sangat memahami kerjaya saya. InsyaAllah target kami nak kahwin selepas raya Aidilfitri ini, kami sekeluarga dah berbincang tak nak ikat terlalu lama," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!