suria

Dini Schatzmann ikhlas jaga Janna Nick, tak pernah rasa terbeban

Dini akui bukan mudah untuk mendalami fikiran Janna.

SENTIASA berada di sisi aktres Janna Nick menjadi tanggungjawab pelakon Dini Schatzmann bagi memastikan kekasihnya itu berada dalam keadaan selamat.

Menurut Dini, 28, tempoh percintaan selama dua tahun mengajar dirinya untuk memahami masalah kesihatan mental yang dihadapi pelakon Misteri Mona itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik ‘berkepit’ dengan Janna Nick sepanjang masa, Dini Schatzmann disangka tiada kerja!

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat antikemurungan, Janna Nick terpaksa perlahan kerjaya seni demi kesihatan mental

"Kita tidak akan faham apa yang berada dalam fikiran mereka yang mengalami kesihatan mental. Awalnya, saya cuba memahami apa yang berada dalam fikiran Janna.

Dini 1

Dini bercinta dengan Janna sejak 2019.

"Lama-kelamaan saya mula faham. Saya hanya perlu sentiasa bersamanya dan menjadi orang yang boleh diharapkan.

"Saya perlu jadi positif dan kuat untuk Janna. Paling penting, beri masa yang dia perlukan," kata Dini kepada mStar.

Pada April tahun lalu, Janna mendedahkan dia perlu berehat daripada media sosial berikutan masalah gangguan mental bipolar yang dihadapinya.

Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi.

DINI SCHATZMANN

PELAKON

Gangguan mental yang dialami pelakon itu juga hampir meragut nyawanya sendiri apabila pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

Dalam pada itu, pemilik nama Dini Azan Schatzmann berkata, apa yang dilakukan terhadap Janna ikhlas dan tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan kepadanya.

"Saya tahu ada kala Janna fikir dia menyusahkan saya. Namun, dalam lubuk hati, Janna tahu apa yang saya buat untuknya ikhlas dan tidak menyusahkan.

Dini 2

Dini mahu yang terbaik buat Janna.

"Ketika mengalami tertekan, saya cakap apa pun tidak akan masuk dalam kepalanya. Itulah waktu yang paling susah.

"Jika berada dalam keadaan itu, saya biarkan Janna meluahkan emosi. Jika Janna menangis, saya biarkan sahaja. Saya tak boleh cakap jangan menangis kerana ia tidak membantu.

"Jika saya cakap banyak, takut Janna rasa semak. Apabila keadaan kembali tenang, barulah saya cuba mengaturkan temujanji dan membawanya bertemu doktor psikiatri," ujarnya.

Untuk rekod, Dini dan pelakon drama Syurga Nur itu mula menjalin hubungan cinta sejak Jun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain