suria

Hadiah kereta kesayangan kepada ibu tunggal, Alha Alfa pernah susah buat ‘loan’ sampai terpaksa tunjuk muka keluar majalah yakinkan bank

Hasrat Alha nak hadiahkan kereta kepada keluarga bertuah tercapai.

SIMPATI dengan nasib seorang ibu tunggal yang tiada kenderaan untuk berniaga, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa menghadiahkan kereta pertama yang dibeli sekitar tahun 2012.

Menurut Alha, 33, kereta jenama Perodua Alza itu diserahkan kepada wanita berkenaan untuk kegunaan menjual kuih.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peminat syak Zara Zya ada hubungan istimewa dengan Alha Alfa, sambut birthday bersama di rumah orang tua-tua

"Hari ini Jumaat saya hadiahkan kereta kesayangn saya ini kepada sebuah keluarga ini, semoga kereta ni asbab rezeki mereka sekeluarga bertambah...InsyaAllah.

Alha 2

Alha berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

"Jauh nak jalan kereta ni. Saya jaga baik-baik dan itu bukti kerja keras saya, saya doakan semoga diperluaskan lebih dan lebih lagi.

"Semoga perniagaan keluarga ini juga bertambah maju," katanya menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Alha turut berkongsi rakaman video kereta jenama Alza berwarna putih itu dibawa oleh sebuah trak tunda.

Saya jaga baik-baik dan itu bukti kerja keras saya, saya doakan semoga diperluaskan lebih dan lebih lagi.

ALHA ALFA

USAHAWAN

Mengakui kenderaan pertamanya itu menyimpan banyak memori, Alha berkata dia berdepan banyak cabaran untuk memiliki kereta berkenaan.

Kata Alha, dia dan bapanya berusaha meyakinkan pihak bank bagi meluluskan pinjaman.

"Habis je belajar, pergi kedai kereta nak beli kereta yang zero down payment sebab tak ada slip gaji. Ayah saya pun kerja gaji RM500 sahaja.

Alha 1

Alha kongsi kesusahannya untuk memiliki kereta.

"Sebulan saya kena bayar RM700 sebulan untuk Alza ini, mula-mula tak lepas (pinjaman) tapi ayah cakap... cuba bawa surat khabar ada muka engkau, majalah ke? Ayah akan cuba cakap dekat tukang jual tu mana tahu dia percaya, dia boleh tolong kita.

"Saya pun carilah, ada sikit-sikit keratan saya keluar majalah, sekadar nak beritahu saya berkecimpung dalam dunia mekap ni pun boleh buat duit, walaupun cas mekap ketika itu RM350 sahaja.

"Tapi saya gigih juga nak beli kereta sebab kereta famili dah buruk masa itu, kalau dapat Alza ni memang happy, syukur dijumpakan dengan orang yang baik, dia bantu. Dia kata... janji boleh bayar bulan-bulan! Alhamdulillah tak pernah tak bayar walaupun pernah je duit tak cukup, ikat perut,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain