STATUS hubungan Sharifah Sakinah dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri. Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, dia tidak memaklumkan mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi. "Disebabkan ramai bertanya... ya kami sudah berkahwin. Untuk mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan tentang perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama. ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya Sharifah Sakinah tunang gaya ‘orang putih’, tiada acara pantun ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarikh lahir sama, Sharifah Sakinah umum kahwin jejaka Sweden pada 28 Mei depan "Kami memilih untuk keep it low... tapi sekarang, it’s official, tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua,” katanya menerusi Instagram pada Jumaat. Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu. Perkongsian Sakinah di Instagram mengenai status perkahwinannya. Pada 5 Mac 2021, portal hiburan melaporkan Sakinah sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020. Malah, Sakinah juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42. Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama! SHARIFAH SAKINAH PELAKON Dalam perkongsian yang sama, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan oleh mereka sejak setahun lalu. "Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula start dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj. Sakinah mula mengenali jejaka berasal Sweden itu sejak tahun 2020. "Kemudian pandemik melanda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan. "Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada equipment, trainers, komitmen daripada Sakinah setiap hari. "Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama," ujarnya. Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!