suria

Pengalaman jadi warden penjara… Amirul Asyhwad tersentuh hati baca surat banduan insaf

Meskipun bukan lagi pegawai penjara, Amirul masih simpan memori semasa bertugas sebagai kakitangan kerajaan itu.

PENGALAMAN bekerja sebagai pegawai penjara pada tahun 2020 benar-benar membuka mata pelakon Amirul Asyhwad untuk sentiasa bersyukur dengan kebebasan yang dimiliki hari ini.

Menurut Amirul atau nama sebenar Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan, 25, terlalu banyak momen indah yang tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar seorang warden penjara.

Kata Amirul, antara yang menyentuh hatinya apabila membaca surat yang ditulis banduan untuk dihantar kepada keluarga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Amirul Asyhwad tinggalkan kerjaya pegawai penjara demi kejar cita-cita jadi pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Budak Tebing’ diumum Drama Terbaik ADS 2021, penerbit akui berdepan cabaran kumpul pelakon muda berbakat

"Pengalaman saya sebagai warden penjara atau istilah mereka (banduan) cikgu, banyak membuka mata saya untuk melihat sisi kebaikan mereka.

"Banduan ini banyak mengajar benda positif kepada saya... boleh dikatakan kami dah macam satu keluarga. Satu benda yang menyentuh hati saya apabila mereka menulis surat kepada keluarga.

amirul 2

Pengalaman bertugas sebagai pegawai penjara buka mata Amirul Asyhwad.

"Dalam surat itu mereka kata betul-betul dah sedar dan insaf atas apa kesilapan yang pernah mereka buat dahulu serta berjanji untuk tidak kembali semula ke penjara apabila dibebaskan kelak," katanya.

Dalam pada itu, Amirul berkata tindakan segelintir masyarakat memandang serong terhadap bekas banduan adalah sangat tidak wajar.

Setiap manusia tak sempurna, jangan pandang orang lain lebih bawah daripada kita!

AMIRUL ASYHWAD

PELAKON

Ini kerana setiap manusia mempunyai hak dan patut diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

"Apabila bergaul dengan banduan memang membuka mata saya bahawa semua orang layak diberi peluang kedua.

amirul 1

Amirul minta masyarakat tak pandang serong bekas banduan.

"Kita kadang-kadang terlalu cepat nak hukum orang lain atas kesilapan masa silam mereka dan menghakimi atas kesalahan yang pernah dilakukan dulu.

"Setiap manusia tak sempurna, jangan pandang orang lain lebih bawah daripada kita. Kita kena sentisa bersyukur, bagi semangat dan hargailah kebebasan yang kita ada," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 5 Disember tahun lalu, pelakon drama Budak Tebing 2 ini memberitahu dia membuat keputusan berat melepaskan kerjaya tersebut demi mengejar cita-cita sebagai pelakon.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain