KEMUNCULAN usahawan penuh kontroversi, Datuk Seri Vida ke pentas konsert pembukaan Big Stage musim keempat mengejutkan ramai pihak. Menduduki kerusi Presiden Netizen yang akan mewakili pendapat peminat, Vida atau Hasmiza Othman, 50, memulakan tugasnya dengan permohonan maaf secara terbuka. "Saya nak mula buku baru, perjalanan baru di Big Stage ini. Untuk memulakan sesuatu yang baik saya nak mohon maaf, saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula. ARTIKEL BERKAITAN: Ziana anggap Vida biadab gelar Anuar Zain ‘gay’, netizen suruh mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dengan wajah sedih Vida minta maaf dakwa Anuar Zain ‘gay’ "Dengan rendah hati saya memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata... maafkan saya," katanya. Vida berharap kemunculannya dalam Big Stage 2022 diterima baik ramai. Vida berkata demikian menerusi rakaman video yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad malam. Tambah Vida, dia berharap kehadirannya dapat diterima baik penonton program nyanyian yang menampilkan bakat-bakat baharu atau digelar budak-budak baru nak up (BBNU) ini. "Saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini, boleh memberi inspirasi kepada peserta dan penonton. Dengan rendah hati saya memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia, terkasar bahasa, tersilap kata. DATUK SERI VIDA USAHAWAN "Terimalah saya seadanya, yang buruk daripada kekhilafan saya, yang baik daripada Allah," katanya. Dalam pada itu tinjauan di Twitter mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kemunculan Vida di pentas Big Stage. Kata mereka, pihak produksi tidak seharusnya menampilkan Vida yang sering dihimpit kontroversi di media sosial sebagai Presiden Netizen yang mewakili suara warganet. "Kenapa Big Stage 2022 bawa Vida? Dia sepatutnya diam untuk tempoh yang ketara... murahannya. View this post on Instagram A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) "Selepas semua kontroversi, dia langsung tidak mewakili netizen. Merepek la minggu pertama ni. "DSV jadi presiden netizen? Produksi boleh melakukan yang lebih baik. Takkan nak ride on stupid issue macam ni?" demikian antara komen netizen di Twitter. Baru-baru ini Vida mengundang kemarahan ramai apabila dia dikatakan mendakwa penyanyi Anuar Zain bernafsu songsang. Isu ini kecoh selepas tular sepotong klip video di TikTok yang mengulang siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mengurat penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan. Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya yang kedengaran seperti ‘gay’ sehingga mengundang rasa tidak puas hati netizen. Susulan teruk dikecam, Vida akhirnya tampil memohon maaf kepada Anuar dan keluarganya berhubung kenyataannya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI