suria

[VIDEO] Bertuahnya isteri Nubhan, dapat hadiah klinik gigi lepas bersalin anak ketiga

Nubhan buat kejutan buka klinik gigi untuk isteri

BEBERAPA bulan menyimpan rahsia, penyanyi dan pelakon Nubhan akhirnya membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah klinik gigi kepada isterinya Afifah Hidayah Tawfek yang kini sedang berpantang.

Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nuhban Ahmad, 36, berkata dia mengambil masa tujuh bulan untuk membuat persiapan membuka klinik gigi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Seharian isteri tahan sakit kontraksi, Nubhan syukur timang anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ibu Nubhan cerita pengalaman terkejut beli beg LV harga RM14,200... Mak Jenny dah ‘plan’ nak melaram pergi makan kenduri

“Saya ambil tempoh masa lebih kurang tujuh bulan membuat perancangan dan persiapan membuka klinik gigi ini.

“Sebelum ini isteri dah boleh agak kerana dia sendiri yang perlu tandatangan beberapa dokumen pembukaan klinik tersebut.

“Saya dah tak larat nak simpan rahsia lagi. Orang pun ramai sudah bertanya, jadi saya inilah masa untuk buat kejutan walau isteri masih dalam berpantang,” cerita Nubhan kepada mStar.

nubhan 22

Nubhan dan isteri bersama dua anak mereka

Klinik yang diberi nama Lantara Dental itu terletak di Sendayan, Negeri Sembilan dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada bulan hadapan.

Isteri Nubhan yang juga merupakan seorang doktor gigi kini dalam tempoh berpantang anak ketiga mereka yang dilahirkan pada 12 Januari lalu.

Saya ambil tempoh masa lebih kurang tujuh bulan membuat perancangan dan persiapan membuka klinik gigi ini

NUBHAN

PENYANYI/PELAKON

Penyanyi lagu Ada Untukmu ini turut berkongsi anak perempuan ketiga itu diberi nama Afzan Nayelli.

“Baru dapat nama anak ini tiga hari lalu.

“Isteri sekarang masih berada di pusat berpantang dan dia sebenarnya tidak sabar untuk kembali bekerja selepas menerima kejutan tersebut.

“Dia telah lama suarakan hasrat untuk miliki klinik sendiri, namun sebelum ini masih belum bersedia,” ujarnya.

Sibuk dengan urusan perniagaan, Nubhan juga akui sekarang ini terpaksa memperlahankan kerjaya seni.

“Ada juga tawaran berlakon namun saya terpaksa tolak secara baik kerana takut untuk memberi komitmen masa.

“Perancangan untuk keluarkan single baharu juga ada, tetapi disebabkan kekangan masa saya terpaksa tangguhkan,” katanya.

Nubhan dan Afifah berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan, 4, dan Afzan yang kini berusia 21 hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain