suria

Bukan mudah rakam lagu ‘Buat Ku Sempurna’, Vanessa Reynauld perlu berlatih banyak kali untuk dapat ‘feel’

Vanessa tampil dengan lagu ciptaan Faizal Tahir berjudul Buat Ku Sempurna.

KEMAMPUAN vokal penyanyi Vanessa Reynauld tidak disangkal antara yang cukup hebat terutama menyampaikan lagu berentak balada bernada tinggi.

Tampil dengan lagu terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna, Vanessa mengakui dia berdepan dengan cabaran ketika sesi rakaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya rambut diejek... Vanessa Reynauld trauma pergi sekolah gara-gara ‘body shaming’, - “Hey, kalau nak buat di salun mahal tau!”

Menurut Vanessa, sukar untuk dirinya merakam lagu tersebut biarpun pencipta karya itu iaitu Faizal Tahir menyanyikan dengan mudah.

Vanessa 2

Vanessa akui bukan mudah menyanyikan lagu Buat Ku Sempurna.

"Sebenarnya bila dengar demo Faizal untuk lagu ini, nyanyiannya kedengaran begitu senang. Tetapi, apabila giliran saya untuk nyanyikannya, susah gila!

"Lagu ini ada turun naiknya dan sangat teknikal. Daripada suara dada kepada suara kepala, tiba-tiba tukar sana sini.

"Lagu ini sangat susah daripada segi pernafasan. Saya turut berdepan kesukaran untuk menyuntik ‘feel’ terbaik kerana perlu titik beratkan teknik, perasaan, dan agak sulit mulanya.

Untuk lagu ini, pengawalan perlu berhati-hati dan jaga rapi transisi suara.

VANESSA REYNAULD

PENYANYI

"Selepas berlatih banyak kali, barulah saya dapat rentak itu. Akhirnya dapat juga kami rakamkannya sebagai mana yang kami mahukan," katanya.

Selain Faizal Tahir, lagu yang sudah dilancarkan sejak 28 Januari lalu itu turut mendapat sentuhan daripada Mage.

Dalam pada itu, Vanessa turut mengakui terdapat cabaran lain yang perlu dihadapi demi menghasilkan lagu tersebut dengan jayanya.

Kata penyanyi berusia 22 tahun itu, dia harus keluar dari kebiasaan cara nyanyiannya dan lebih berhati-hati.

Vanessa

Vanessa sentiasa mahu berikan yang terbaik.

"Lagu ini berat kepada saluran emosi dan penyampaiannya kena disampaikan dengan penuh kelembutan.

"Itu yang sebenarnya menjadi cabaran besar buat saya kerana kebiasaannya, saya buka mulut nyanyi saja, terus tembak pada nada tinggi.

"Untuk lagu ini, pengawalan perlu berhati-hati dan jaga rapi transisi suara. Semestinya saya berharap besar ramai akan sukakan lagu ini dan menerimanya dengan hati terbuka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain