suria

Bye Iqbal! Seperti dijangka jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022

Iqbal ucap selamat tinggal Big Stage 2022.

SEPERTI yang dijangka, usahawan Iqbal Zulkefli menjadi bintang Big Stage 2022 pertama yang tersingkir pada konsert minggu kedua yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Iqbal yang mendapat markah 9.2 peratus sahaja gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Menurut juri tetap, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain usahawan kontroversi itu sememangnya tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai bagi Iqbal 5 markah dalam Big Stage, kalau datang uji bakat terus tak dapat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Buang je la kalau saya tak layak” - Iqbal cabar juri Big Stage

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian... straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

Iqbal dapat markah empat peratus daripada Ajai.

Ajai beri empat markah kepada Iqbal.

“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi... ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur.

“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi bahan lawak. Awak perlu jaga maruah,” katanya.

Selain empat markah daripada Ajai, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menerima markah 20 peratus daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan memberi markah 10 peratus.

Sejak diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.

Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi... ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain

AJAI

KOMPOSER & JURI TETAP

Sementara itu, penyanyi Elica Paujin pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kedua dengan markah sebanyak 84.6 peratus.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan penyanyi Aina Abdul sebagai juri undangan.

Manakala kerusi juri pedas pula diisi oleh penyanyi Mas Idayu manakala usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

Peserta Big Stage 2022 iaitu Danial Chuer tidak dapat membuat persembahan pada malam minggu kedua disebabkan mengalami demam panas.

Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dikendali oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, manakala tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

elicaElica Paujin dapat markah tertinggi pada konsert minggu kedua.

Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

megatMegat Rahim bawa lagu Evo.

11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018) dan Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019).

Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain