DILABEL contoh lelaki tidak setia gara-gara sering dikaitkan dengan kontroversi curang, pelawak Shuk Sahar menerima banyak pertanyaan netizen yang meminta tip daripadanya. Mengakui tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadapnya, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, tindak tanduknya bukan sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan ikutan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kereta Myvi Shuk Sahar ‘terjun’ parit ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar tak jadi fail cerai? - “Maaf, tiada apa yang berlaku” "Apa yang saya boleh cakap, satu saja... tak best pun jadi macam aku... tak best, tak happy dan bukan satu benda yang elok. Status rumah tangga Shuk dan isteri masih menjadi tanda tanya. "Yang mana nak minta tip curang, tak payah la. Itu yang hangpa tengok aku. Kebetulan aku, hangpa kenal dah boleh nampak apa benda yang aku buat. "Boleh jadikan satu benda yang tak payah ikut pun," kata Shuk. Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi tular di TikTok selepas netizen memuat naik di platfrom itu. Aku curang dengan orang yang sama beberapa kali. SHUK SAHAR PELAWAK Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh. Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu. Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2. Shuk mempunyai dua orang anak perempuan. Dalam pada itu, Shuk turut mengakui dia beberapa kali berlaku curang dengan wanita sama. "Aku curang dengan orang yang sama beberapa kali. Mungkin ada orang curang dengan orang yang berlainan, orang tak tahu. "Apa yang aku boleh beritahu, sejujurnya kalau ada keluarga, percayalah... tak payah la curang," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!