suria

Selepas Syafiq Farhain, seorang lagi abang bomba tunjuk bakat... Apit SW belum sedia nyanyi ‘live’ di TV kerana gemuruh

Selepas viral, Apit kembangkan kerjaya ke dunia seni

NAMA anggota bomba Muhammad Shafiq Muhamad pernah mencuri tumpuan ramai kerana memiliki suara merdu dan sering memuat naik video menyanyi lagu cover di media sosial.

Serius untuk kembangkan kerjaya dalam dunia seni, Shafiq atau lebih mahu dikenali dengan nama pentas Apit.SW tampil dengan single pertama berjudul Janji Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara abang bomba bikin hati ramai gadis cair, jangan tak tahu jejaka ini pernah keluarkan mayat tertimbus - “Kami bukan sekadar padamkan api”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah habiskan masa 10 jam main PUBG, Syafiq Farhain ‘support’ kaki game - “Ramai raih pendapatan, takkan nak kata buang masa?”

Bagi Apit, meskipun mempunyai kerjaya tetap, bidang nyanyian ini adalah platform untuk dia berkongsi karya dengan peminat selain menjana pendapat sampingan.

“Bermula dari hobi menyanyi lagu orang, apa salahnya untuk saya teruskan kerjaya dalam bidang seni dan berkongsi bakat dengan peminat.

apit 2

Apit sedia berdepan cabaran dunia seni

“Saya berani ambil cabaran untuk bergelar artis rakaman untuk kembangkan bakat. Saya percaya untuk berjaya perlu keluar dari zon selesa,

“Menjadi penyanyi bukan sekadar untuk popular. Apa yang penting kemunculan saya dapat diterima peminat muzik” ujar Apit kepada mStar.

Dia juga menjadikan penyanyi Syafiq Farhain yang juga merupakan seorang anggota bomba sebagai idola dalam kerjaya seni.

Bagaimanapun Apit berkata, dia tidak mahu kemunculannya dibayangi oleh penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku itu.

“Saya kagum dengan Syafiq kerana dia boleh mencipta nama walau sibuk dengan tugas sebagai anggota bomba.

Saya berani ambil cabaran untuk bergelar artis rakaman untuk kembangkan bakat

APIT SW

PENYANYI

“Kami selalu berhubung dan dia juga ada berkongsi nasihat untuk bergelar seorang artis.

“Kalau boleh saya tidak mahu dibayangi Syafiq kerana kami sama-sama bertugas sebagai anggota bomba. Sebab itu saya memilih nama pentas Apit.SW,” ujarnya.

apit 22

Melihat Syafiq Farhain (kanan) sebagai idola dalam bidang nyanyian.

Dalam masa sama, Apit berkata, dia masih belum bersedia untuk membuat persembahan di televisyen kerana perasaan gemuruh.

Katanya, dia juga sedang cuba mengatasi rasa gemuruh itu setiap kali membuat persembahan pentas di majlis anjuran bomba.

“Sekarang ini saya cuba kawal perasaan gemuruh itu dengan membuat persembahan dalam majlis-majlis anjuran bomba.

“Disebabkan perasaan gemuruh untuk menyanyi di atas pentas, saya belum bersedia untuk sertai mana-mana program televisyen,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain