PELAKON dan pengarah teater, Jit Murad meninggal dunia pada Sabtu. Berita itu disahkan oleh veteran teater, Kulkathas yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kuala Lumpur. ARTIKEL BERKAITAN: Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang Mastura Ismail meninggal dunia akibat kanser ovari Selain itu, beberapa teman rapat Allahyarham turut berkongsi berita duka itu di laman sosial. Bagaimanapun punca kematian Jit atau nama sebenarnya Aziz Mirzan Murad masih belum diketahui. Allahyarham yang merupakan anak bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Murad Mohamed Noor mula aktif dalam dunia seni sejak 1987. Selain aktif dalam penulisan teater, Jit juga pernah membintangi filem-filem popular seperti Selubung, Mimpi Moon dan Talentime. Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Seni Sejarah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI