LEBIH sembilan bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, penyanyi Harris Baba akui bukanlah satu situasi yang mudah untuk dilalui kerana terpaksa kembali ke Singapura bagi meneruskan kerjaya seninya. Bagaimanapun Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 32, bersyukur isteri yang menetap di Sabah sangat memahami dan menyokong setiap keputusan yang dibuat. ARTIKEL BERKAITAN: Harris Baba guna tempoh PKP untuk perbaiki diri jadi muslim yang lebih baik ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur isteri beri kepercayaan” - Harris Baba ulang-alik KL-Sabah setiap minggu “Bukan satu keputusan yang mudah untuk terus tinggal lama di Singapura. Perancangan asal hanya untuk balik melawat ibu ibu bapa saya. “Kemudian beberapa tawaran berlakon iklan dan drama mula datang. Alhamdulillah ia perkembangan yang baik untuk kerjaya saya juga. “Saya tiada pilihan kerana masih mahu berkerja dalam bidang seni, jadi terpaksa berjauhan dengan keluarga. Isteri saya sangat memahami dan menyokong kerjaya saya,” ujar Harris kepada mStar. Harris bersama dua anaknya Aleena dan Umar. Bagi Harris ini merupakan pengorbanan yang terpaksa dilakukan selain mengambil peluang berada di Singapura bagi menjaga ibu bapa yang semakin berusia. Untuk rekod, Harris sebelum ini aktif dalam industri seni Malaysia dan popular dengan lagu Katakan selain menjadi peserta program Dua Star bergandingan dengan Ning Baizura. “Buat sementara waktu ini saya terpaksa berkorban berjauhan dengan isteri dan anak-anak. “Sepanjang berada di Sabah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini memberi kesan terhadap emosi saya kerana tidak dapat berjumpa ibu bapa. Cuma apabila ada masa lapang dan bersendirian, saya akan rasa sunyi HARRIS BABA PELAKON/PENYANYI “Jadi inilah peluang untuk saya luangkan masa dan menjaga mereka,” ujarnya. Terdahulu, Harris memuat naik beberapa keping gambar berserta ucapan manis buat anak perempuannya, Aleena Ziya yang menyambut ulang tahun kelahiran kelima. Semestinya tidak dapat mengelak dari perasaan rindu setelah sekian lama berjauhan, Harris akui berasa sunyi setiap kali bersendirian. “Saya sentiasa sibukkan diri dengan jadual kerja, jadi dapatlah lari dari perasaan rindu terhadap anak-anak di sana. Harris bersama isteri, Naziha ketika menyambut kelahiran cahaya mata bongsu “Cuma apabila ada masa lapang dan bersendirian, saya akan rasa sunyi. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata bagaimana saya merindui mereka. “Saya rancang untuk pulang ke Sabah pada hujung Februari dan selepas itu akan kembali semua ke Singapura untuk urusan kerja,” jelasnya. Harris mendirikan rumah tangga dengan dengan usahawan asal Sabah Nik Naziha Zawawi pada Mei 2016. Selain Aleena, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Umar, 4, dan Aleeya Ziya, 2. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!