suria

Dua minggu Ariz Ramli keluar masuk hospital, doktor belum tahu punca kerap sesak nafas

Ariz belum mengetahui punca demam dan sesak nafas

DUA minggu mengalami demam dan sesak nafas, penyanyi rap Ariz Ramli atau Caprice sekali lagi dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ariz, 34, memaklumkan dia sudah beberapa kali mendapatkan rawatan namun doktor masih belum mengesahkan penyakit sebenar yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice nak ajar anak tiri cakap bahasa Inggeris, peminat bergurau panggil ‘Daddy Cap’

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Caprice kahwin senyap-senyap

“Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas.

“Perkara pertama yang terlintas difikirkan pastinya jangkitan Covid-19, namun syukur bukan Covid-19. Harap tiada apa yang serius dan segera sihat,” jawabnya ketika ditanya pengikut Instagram.

caprice 2

Ariz turut meminta keluarganya menjalani ujian saringan Covid-19

Tambahnya, dia juga sempat menghadiri satu sesi pitching dan menunaikan solat Jumaat sebelum dimasukkan semula ke hospital.

Dalam masa sama, isteri dan anak tirinya juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan semua dalam keadaan sihat.

Sejak dua minggu ini saya sering keluar masuk hospital disebabkan demam dan sesak nafas

ARIZ RAMLI

PENYANYI

“Untuk tujuan keselamatan, seluruh ahli keluarga perlu menjalani ujian. Alhamdulillah semua negatif.

“Semua yang mempunyai keluarga akan risau dengan peningkatan kes harian,” jelasnya.

Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal bernama Farra Inalis, 26, pada November 2021.

Farra mempunyai seorang anak perempuan Aleesya Sofea, hasil perkahwinan terdahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Caprice, Daddy Caprice, Caprice Demam

Artikel Lain