suria

Harap Mia Sara, Puteri Balqis berdamai… Ayu Puteh dah rancang gabungkan dalam ‘Ais Krim Cinta’

Ayu Puteh harap dua pelakon muda berbakat besar ini dapat selesaikan isu secara berhemah.

KONFLIK membabitkan dua pelakon muda berbakat besar iaitu Mia Sara dan Puteri Balqis menarik perhatian ramai pihak termasuklah penerbit Datuk Ayu Puteh.

Berharap isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, Ayu mengakui bimbang jika kemelut ini terus berlarutan memandangkan kedua-duanya merupakan pelakon hebat yang boleh menjadi pelapis industri lakonan tanah air.

"Sebenarnya sejak bulan lepas saya memikirkan mengenai pelakon pelapis yang akan mengganti hero dan heroin hebat kita yang sedia ada. Dalam pemikiran saya Mia dan Puteri Balqis mempunyai peluang cerah untuk menyinar.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis ‘sound’ Mia Sara - "Pakai tudung bukan laluan percuma mengutuk orang"

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Puteh bengang pelakon wanita tak kenang budi... keluarga jadi hura-hara kerana cerita buruk

"Sejujurnya sebagai penggiat seni saya bimbang dengan konflik yang berlaku membabitkan mereka berdua ini. Kedua-duanya pelakon berbakat yang akan menjadi pelapis masa depan.

"Pada pendapat saya kalau betul Mia Sara bersalah, minta maaf sahajalah, tak rugi minta maaf sebab masing-masing pun ada keluarga, malu kalau orang luar tengok dan terus kecam.

ayu 2

Ayu sudah lama merancang menggabungkan empat pelakon muda berbakat besar ini dalam drama atau filem terbitan produksinya.

"Lebih untung kalau kita ada sifat rendah diri dan akui kesilapan, maaf dan memaafkan itu lebih baik. Industri kita ni pun kecil sahaja, kita akan berjumpa juga satu hari nanti," katanya kepada mStar.

Penerbit Pencil Pictures & Records Sdn Bhd ini berkata demikian mengulas mengenai perang dingin membabitkan dua pelakon muda ini di media sosial, baru-baru ini.

Kami dah buat skrip dan jalan cerita serta menyenaraikan empat pelakon utama iaitu Mia Sara, Puteri Balqis, Afieq Shazwan dan Alif Ali.

DATUK AYU PUTEH

PENERBIT

Pada Khamis konflik bermula apabila Mia menjawab soalan netizen mengenai kehidupan Puteri Balqis menerima respons pelakon itu.

Mia memberi pendapat di TikTok serta meminta netizen jangan menyalahkan Puteri Balqis kerana tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama.

Bagaimanapun, pendapat Mia itu menerima teguran Balqis atau Puteri Balqis Azizi, 15, yang menganggap remaja itu bercakap buruk tentang dirinya sehingga dia menerima kecaman netizen di laman sosial.

ayu 3

Konflik dua pelakon muda ini jadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Dalam pada itu, Ayu mendedahkan dia sudah merangka perancangan untuk menyatukan kedua-dua pelakon ini dalam sebuah filem yang akan ditayangkan di sebuah stesen televisyen berbayar.

Kata Ayu, sejak awal lagi dia merancang menyatukan dua pelakon remaja ini dalam satu karya kerana mengagumi bakat lakonan mereka.

"Sejujurnya, sejak awal Januari lagi dah terdetik nama kedua-dua pelakon ini untuk disatukan dalam drama atau filem. Kami dah buat skrip dan jalan cerita mengenai cinta remaja dan sudah menyenaraikan empat pelakon utama iaitu Mia, Puteri Balqis, Afieq Shazwan dan anak saya, Alif Ali.

"Perancangan awalnya supertele ini berjudul Ais Krim Cinta... skrip, jalan cerita, semuanya dah selesai cuma tunggu masa nak propose pelakon sahaja.

"Sayang la kalau gaduh-gaduh macam ini sebab mereka berdua adalah heroin harapan yang kita ada, jadi saya harap impian nak menggabungkan mereka dalam filem ini akan tercapai kelak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain