suria

Ezzaty Abdullah timang anak lelaki, syukur impian bersalin hari Jumaat tercapai

Ezzaty timang anak lelaki pada pagi Jumaat.

PELAKON Ezzaty Abdullah selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor pada pagi Jumaat.

Bayi lelaki seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 3.53 pagi.

Kata Ezzaty, 31, tiada perbezaan ketara untuk kelahiran kedua ini, namun ia lebih menyakitkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah bakal timang anak kedua bulan depan... Empat bulan merana kerana alahan

ARTIKEL BERKAITAN: Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia selamatkan diri, 5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terbakar di Kelantan

"Alhamdulillah, sudah ada sepasang cahaya mata, memang banyak persamaan kelahiran kali ini dengan anak sulung kami, Harum Dalia.

"Doktor yang melakukan prosedur kelahiran adalah orang sama dan proses bersalin juga sama... cuma yang berbeza hanya rasa sakit sahaja.

ezzaty 1

Proses pengalaman bersalin berbeza buat Ezzaty.

"Walaupun agak sakit tapi Allah permudahkankan urusan, jadi tidak terlalu lama saya menahan sakit itu," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ezzaty turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk melahirkan anak pada hari Jumaat tercapai.

Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini!

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Pelakon drama The Maid ini turut memaklumkan akan menjalani proses berpantang di kediaman ibunya di Bentong, Pahang.

"Kalau boleh saya memang nak lahirkan hari Jumaat. Baby pun dengar dan dia keluar hari ini.

ezzaty 2

Ezzaty berpantang di kediaman ibunya.

"InsyaAllah selepas ini saya sambung berpantang di rumah mak. Saya bawa confinement lady sekali untuk tinggal di kampung selama 44 hari," ujarnya.

Ditanya nama anak lelakinya itu, Ezzaty memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.

Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan pelakon Azwan Kombos pada 16 Julai 2016.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain