PENINGKATAN kes harian Covid-19 semakin membimbangkan ramai pihak termasuklah pelakon dan pengacara Zulin Aziz yang bakal melangsungkan pernikahan pada 20 Februari ini. Bagaimanapun, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan memohon doa agar urusan pernikahannya dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz pilih tarikh cantik 20.02.2022 untuk majlis nikah ARTIKEL BERKAITAN: “Aku stress orang cakap aku kutuk kau” - Zulin Aziz terpaksa ‘DM’ Siti Nordiana, jelaskan isu tuduhan persoal tuntutan RM200,000 “Ketika melihat kes harian semakin naik saya mula rasa cemas, namun saya harap tidak dilaksanakan Perintah Kawal Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini. “Kalau ikut logiknya apa guna diberikan dos penggalak tetapi PKP masih dijalankan. Bagaimanapun saya bersedia dengan segala kemungkinan. Zulin dan Farhan bakal bernikah pada 20 Februari ini “Saya sentiasa berdoa segala urusan dipermudahkan. Bagi memastikan majlis itu nanti berjalan lancar, saya sendiri tak boleh lalai dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP),” ujar Zulin ketika dihubungi mStar. Zulin bertunang dengan lelaki pilihannya Farhan Norzaini pada 28 Januari. Bercakap tentang persiapan majlis, katanya semua hampir siap dan majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Kalau ikut logiknya apa guna diberikan dos penggalak tetapi PKP masih dijalankan ZULIN AZIZ PELAKON/PENGACARA “Apa yang membuatkan pening kepala sekarang ini tentang senarai jemputan. Takut nanti ada yang berkecil hati tidak dijemput sedangkan majlis terpaksa diadakan dengan kapasiti sedikit. “Kami juga mohon untuk semua tetamu yang akan hadir nanti supaya menjalankan ujian Rapid Test Kit (RTK) Covid-19 terlebih dahulu dan semoga mereka jujur dengan keputusan ujian,” jelasnya. Zulin mempersiapkan diri melangkah ke fasa perkahwinan Dalam masa sama Zulin turut berkongsi perasaan untuk melangkah ke alam perkahwinan dan bergelar seorang isteri. “Kalau nak cerita tentang persediaan diri sendiri dah lama bersedia, cuma baru sekarang bertemu jodoh. “Saya tidak tahu apa yang akan dilalui di alam perkahwinan nanti. Saya sedia untuk hadapi fasa baharu dalam kehidupan sebagai seorang isteri,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!