SELEPAS dua kali tertangguh akibat pandemik Covid-19, Konsert Slam Mentari Muncul Lagi akhirnya berlangsung dengan jaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada malam Sabtu. Konsert selama dua jam yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menyaksikan persembahan bertenaga Zamani bersama kumpulannya Slam. ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Kesihatan Zamani makin baik, tak sabar nak beraksi selepas dua tahun rehat ARTIKEL BERKAITAN: Isu stesen TV kejar rating ambil peserta tiada bakat, Zamani anggap industri seni dah berubah Kira-kira 1,500 tetamu terhibur dengan kemantapan vokal Zamani mendendangkan 17 buah lagu hit sepanjang 30 tahun Slam dalam industri seni. Tirai dibuka kira-kira pukul 8.40 malam dengan persembahan lagu Biarkannya diikuti dengan beberapa lagu hit lain seperti Buat Seorang Kekasih, Manisnya Rindu dan Rindiani. Selain itu, Nur Kasih, Tak Mungkin Berpaling dan Maria Mariana bagi segmen pertama. Slam ubat rindu peminat. Sementara itu, Zamani sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat Slam yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka daripada dulu hingga kini. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada komposer yang banyak menaikkan nama kumpulan itu iaitu Saari Amri dan pengurus Slam, Johan Aziz. Saya harap hari ini anda bawa balik kenangan manis ZAMANI VOKALIS SLAM “Terima kasih kerana setia bersama saya dalam keadaan saya straight ke, bengkok ke (merujuk keadaan fizikal dirinya) anda masih kekal menyokong kami. “Saya harap hari ini anda bawa balik kenangan manis” ujarnya. Untuk rekod, Zamani berdepan masalah kesihatan apabila disahkan menghidap penyakit skoliosis yang membuatkan tulang belakangnya melengkung sejak 2019. Shah sebagai pemain gitar utama dan ketua kumpulan Slam. Selain Zamani, Slam turut dianggotai oleh Shah (gitar utama), Ajak (gitar kedua), Lili (bass), Man (drum) dan Eddie (keyboard). Sementara itu, bagi segmen kedua, Zamani menyampaikan lagu Kembali Merindu, Suratan, Biarkan Ia Pergi, Kembali Terjalin, Kurnia, Sinar Menunggu, Jika Kau Rasa Getarnya dan Gerimis Mengundang. Pada acara kemuncak Zamani turut memanggil Ratu Rock Negara Ella ke atas pentas bagi menyanyi bersama-sama. Turut hadir pada konsert berkenaan iaitu Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan rakan-rakan artis seperti Shuib, Neves Pretty Ugly, Ajai, Along Musa dan Radin Era. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI