GARA-GARA terlalu lama duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ia akhirnya memberi kesan emosi kepada penyanyi Farahdhiya. Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 38, memberitahu sepanjang waktu itu dia sering merasa sakit kepala sehingga terfikir dia mengalami ketumbuhan pada bahagian otak. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jarang berenggang dengannya, dia nyawa saya” - Bapa Farahdhiya meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Sering ditanya bila nak kahwin? Farahdhiya minta dikenalkan dengan lelaki baik - “Kahwin ini bukan macam nak pilih karipap ya” “Ketika tempoh PKP, setiap hari saya rasa sakit kepala sehingga merasakan ada ketumbuhan pada otak. Saya terpaksa makan ubat setiap hari. “Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, doktor beritahu ia hanyalah disebabkan tekanan. “Memang betul rasa tertekan kerana setiap hari berkurung di rumah sahaja ketika itu,” ceritanya kepada mStar. Gembira perjalan seni kembali baik dan menerima banyak tawaran kerja Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berakhir selepas industri seni kembali aktif. Menurut Farah, dia kini sibuk dengan pelbagai tawaran kerja dalam bidang nyanyian dan lakonan. “Sekarang saya kembali aktif menerima tawaran bekerja dan tidak ada masa untuk diri sendiri. “Jika ada hari cuti saya lebih suka duduk di rumah berehat dan tidak keluar berjumpa kawan-kawan,” ujarnya. Memang betul rasa tertekan kerana setiap hari berkurung di rumah sahaja ketika itu FARAHDHIYA PENYANYI/PELAKON Pada perkembangan nyanyian, Farah memberitahu dia tampil dengan lagu baharu berjudul Tewas yang merupakan kolaborasi pertamanya dengan penyanyi rap asal Korea Selatan, Dennis. Lagu ini menggabung tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea. Farahdhiya juga berharap dapat menembusi pasaran antarabangsa kerana lagu ini dirancang turut dipasarkan di Korea Selatan. “Selain memberi kelainan kepada peminat, kita juga perlu mengikut peredaran zaman. Penyanyi rap asal Korea Selatan, Dennis berkolaborasi dengan Farah menerusi lagu Tewas “Lagu genre balada akan sentiasa diminati pendengar. Sesekali perlu tampil dengan lagu sebegini kerana saya rasa ia tengah in. “Saya juga amat teruja apabila lagu ini akan dirakamkan dalam bahasa Inggeris dan Korea untuk tujuan pasaran di Korea Selatan. Siapa tahu jika ada rezeki untuk kembangkan kerjaya di sana,” katanya. Selain lagu, Farah juga bakal tampil dengan drama baharu berjudul Aisya di saluran Viu dan Roti Cicah Susu di saluran Astro Ria. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!