HASRAT ibu kepada Mas Khan iaitu, Meliza Hanafi untuk menunaikan umrah bersama dua rakan baik akhirnya tercapai apabila aktor tersebut menaja pakej ibadah mereka. Mahu memberi inspirasi kepada orang lain, Mas Khan berkata dia hanya ingin melihat ibunya bahagia dapat melakukan ibadah itu bersama dua orang rakan. ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan akhirnya miliki Ducati berharga RM110,000 "Saya berkongsi bukan sebab nak terkenal tapi lebih kepada nak beri inspirasi kepada orang untuk lakukan seperti saya. Mas Khan kongsi mesej perbualan dengan ibunya. "Benda baik patut kita kongsi dengan orang lain... bukan dengan niat nak berlagak pun. Ibu saya pun memang dah lama teringin nak ke Makkah. "Jadi, dia pun ajak dua orang kawan baik untuk buat umrah pada bulan puasa nanti. Tapi waktu itu pakej agak mahal. Kawan-kawan dia tak mampu nak pergi bulan puasa. "Apabila ibu saya cerita, saya sebagai anak rasa kesian. Jadi apa salahnya saya bayarkan untuk kawan-kawan ibu sekali," katanya kepada mStar. Saya rasa ini la cara untuk saya balas semula jasa ibu. MAS KHAN PELAKON Sebelum ini, perkongsian Mas Khan di Instagram yang menaja ibu dan kawan-kawan menunaikan umrah menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji sikap Mas Khan yang tidak berkira dan sanggup membelanjakan wang yang banyak demi kebahagiaan ibunya. Dalam pada itu, pelakon Abang Long Fadil 2 ini mengakui dia meminta ibunya untuk mencari pakej mewah untuk memudahkan urusan mereka bertiga. "Mesti ramai pelik kenapa pula saya nak bayar. Tapi bagi saya, ia pahala untuk saya. Bukan senang nak dapat pahala macam ini. "Saya minta ibu cari pakej menarik yang memudahkan urusan mereka untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, dia dapat pakej dalam RM12,000 seorang," ujarnya. Mas Khan mahu membahagiakan ibunya. Sementara itu, Mas Khan menganggap apa yang dilakukankannya itu sebagai seorang anak yang ingin membalas jasa kepada ibu. "Apa yang saya lakukan adalah kebaikan. Saya rasa ini la cara untuk saya balas semula jasa ibu. Mungkin saya tak dapat balas daripada segi masa. "Saya sibuk dengan kerja untuk cari rezeki. Jadi, ini la salah satu cara terbaik untuk balas jasa ibu. Saya rasa semua anak nak buat benda sama. "Saya faham bukan semua orang berduit. Tapi jangan sesekali berkira dengan ibu bapa dan keluarga. kalau kita gembirakan ibu bapa, maka syurga la tempat kita," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!