suria

Kongsi video mesra, Nelissa Nizam kena tegur dengan netizen… Akui Zul Ariffin pemurah dan kelakar!

Nelissa hanya kongsi video dan foto mesra semasa penggambaran drama.

GARA-GARA perkongsian foto dan video mesra dengan aktor Zul Ariffin, pelakon Nelissa Nizam menerima pelbagai pertanyaan daripada peminat mengenai status hubungan mereka.

Tampil menjawab persoalan netizen berkenaan, Nelissa, 24, berkata perkongsiannya di laman sosial itu hanya sekadar mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka berjudul Tarik Aku Ke Syurga (TV3).

"Perkongsian itu bertujuan nak bagi tahu penonton tentang drama kami yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya akui ada yang tegur aksi mesra itu tapi ia hanyalah sebahagian babak semasa penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam dukung wanita bertudung, Zul Ariffin anggap macam sarapan pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang isu panas Alicia Amin, pengarah ada sebab ‘offer’ watak utama

"Semuanya kerana watak sahaja, tak ada yang over pun. Kami menjalani penggambaran selama empat bulan, dah nak habis shooting barulah kami post gambar bersama sebagai promosi.

nelissa 3

Foto dan video mesra itu hanya bertujuan mempromosikan drama.

"Ya memang ada peminat Zul yang marah tapi saya abaikan sahaja komen atau mesej berkenaan. Memang dari dahulu saya hanya balas komen yang baik-baik sahaja. Yang negatif saya biarkan," katanya kepada mStar.

Nelissa ditemui semasa tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang diadakan di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Walaupun dah tak berjumpa di set lagi tapi kami masih lagi keep in touch, tanya-tanya khabar!

NELISSA NIZAM

PELAKON

Sebelum ini, video promosi drama terbaharu lakonan Nelissa dan Zul Ariffin menarik perhatian netizen di laman sosial.

Aksi mesra pasangan ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat Zul Ariffin sehingga ada yang menyangka pasangan ini sedang bercinta.

nelissa 2

Nelissa bawa watak Zara dalam drama Tarik Aku Ke Syurga.

Pertama kali bergandingan dengan aktor filem Sangkar itu, Nelissa berkata dia seronok dapat bekerjasama dengan hero Malaya ini.

"Bekerja dengan Zul sangat menyeronokkan, dia seorang cikgu yang baik. Zul sangat pemurah dia suka belanja semua orang, suka buat lawak dan memang fun bila berada di set penggambaran.

nelissa 4

Barisan pelakon filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang bakal menemui penonton bermula 24 Februari depan di saluran Astro First.

"Dia banyak tolong saya mempermudahkan urusan penggambaran, lagi pula ini pengalaman pertama saya bawa watak utama jadi memang besar harapan saya penonton dapat memberi sokongan kepada kami.

"Alhamdulillah penggambaran drama ini sudah selesai, cuma tunggu waktu tayangan di TV3 tak lama lagi. Walaupun dah tak berjumpa di set lagi tapi kami masih lagi keep in touch, tanya-tanya khabar tapi lepak-lepak tu tak ada," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain