IMPIAN anggota kumpulan Floor 88 untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama akhirnya tercapai apabila mereka bakal ke Tanah Suci, Makkah tidak lama lagi. Vokalis Floor 88 iaitu Ayie Elham berkata, dia dan lima ahli lain iaitu Eric, Achoi, Akram, Falique dan Amirul Affeq menggigil apabila dimaklumkan tentang perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki bakal kahwin muda, Ayie Floor 88 harap peminat tak lari - “Saya akan cipta lagu romantis khas untuk bakal isteri” ARTIKEL BERKAITAN: Get ready! Iqbal lancar lagu ‘Hujan’ esok, Eric Floor 88 puji vokal unik - “Ton sedap, suara dia garau” Tambah penyanyi berusia 24 tahun itu, mereka sanggup menolak semua tawaran nyanyian dan persembahan demi menunaikan ibadah umrah tersebut. Masa dapat tu, memang menggigil la... bukan menggigil sebab tak bersedia. Tapi sebab terkejut. AYIE VOKALIS FLOOR 88 “Ini kali pertama kami dapat tawaran untuk pergi menunaikan umrah. Masa dapat tu, memang menggigil la... bukan menggigil sebab tak bersedia. Tapi sebab terkejut bila ada pihak nak taja kami untuk tunai umrah. “Ikutkan memang dah lama ada niat nak tunai umrah tapi tak pernah dapat rezeki nak pergi. Bila kenal dengan pihak penganjur yang nak bekerjasama untuk konsert, mereka juga nak taja pergi umrah. “Bila semua dah confirm, kami terus lock jadual. Kami tolak banyak job untuk pergi sana,” kata Ayie mewakili ahli kumpulannya kepada mStar. Ayie dan anggota kumpulan Floor 88 ditemui ketika sidang media Konsert Eighty8 Infinity di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis. Floor88 bakal mengadakan Konsert Eighty8 Infinity 27 Mac depan. Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Hutang itu akan menunaikan umrah selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 18 hingga 26 Mei depan. Berkongsi mengenai konsert sulung mereka, Achoi atau Zai Hamzah meluahkan rasa teruja apabila perancangan mereka sejak dua tahun lalu itu akhirnya bakal terlaksana. “Alhamdulillah, hasrat kami nak buat konsert pun akhirnya tercapai. Ikutkan perancangan nak buat konsert dua tahun lalu tapi disebabkan pandemik Covid-19 terpaksa tangguh dahulu. “Jadi bila ada peluang ni, kami teruskan untuk perancangan walaupun dalam masa yang singkat. Soal persediaan tu, Alhamdulillah kami memang sudah bersedia sebab memang selalu buat latihan. “Kami buat konsert pun demi peminat yang dah banyak kali tanya bila nak buat konsert. Jadi, ni sebagai penghargaan untuk peminat juga,” ujarnya. Konsert yang akan turut dimeriahkan dengan persembahan Apak Khalifah dan kumpulan Caramelt Band itu akan diadakan di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur pada 27 Mac depan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI