suria

Hamil anak ketiga, doktor nasihat Shima Anuar duduk rumah... Terpaksa batal semua ‘job’ berlakon

Berehat seketika bukan bermaksud Shima mahu berhenti jadi pelakon

MENERIMA berita gembira hamil anak ketiga, pelakon Shima Anuar membuat keputusan berehat daripada sebarang aktiviti seni.

Pemilik nama penuh Noor Hashimah Anuar, 31, ini memberitahu dia mengikut nasihat doktor supaya tidak terdedah dengan persekitaran luar memandangkan kes harian Covid-19 yang kini meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jarang kongsi foto suami pun jadi isu, Shima Anuar bengang dituduh malu bersuami tua

ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar disangka hamil gara-gara tunjuk kit ‘double line’, rupa-rupanya ramai tak tahu alat ujian kesuburan - “Rasa kelakar pun ada”

Dia yang sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 mengambil langkah berhati-hati agar tidak menjejaskan kesihatan diri dan kandungan.

“Syukur dan rasa gembira apabila dapat tahu saya kini hamil anak ketiga. Usia kandungan sekarang dalam dua bulan.

“Sebelum buat pemeriksaan, saya sudah rasa loya dan selalu lemah. Dari situ dah mula rasa saya sedang hamil.

“Doktor nasihatkan supaya saya lebih banyak duduk di rumah memandangkan kes Covid-19 semakin tinggi sekarang ini.

shima anuar 2

Shima mahu berehat dari dunia seni sepanjang tempoh hamil dan berpantang nanti.

“Saya juga tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini terjadi kepada diri sendiri dan anak dalam kandungan,” ujar Shima kepada mStar.

Shima sebelum itu berkongsi satu hantaran di Instagram memohon maaf kerana terpaksa membatalkan beberapa tawaran kerja yang sudah diterima.

Memikirkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri, lebih baik saya batalkan semua tawaran berlakon buat masa sekarang

SHIMA ANUAR

PELAKON

Dia juga memaklumkan akan berehat panjang selepas melahirkan anak itu nanti.

“Memikirkan keselamatan dan kesihatan diri sendiri, lebih baik saya batalkan semua tawaran berlakon buat masa sekarang.

“Pihak produksi sangat memahami dan saya juga tidak mahu menyusahkan mereka jika mengalami morning sickness teruk ketika di lokasi.

“Selepas bersalin nanti, mungkin akan berehat lebih lama. Maklumlah bakal memiliki tiga orang anak. Saya perlu masa untuk uruskan keluarga,” katanya.

shima anuar 3

Anak sulung Shima, Marian teruja bakal dapat adik lagi.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Mohd Solih Toha, 54, dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

“Anak pertama saya sudah boleh faham dan dia begitu teruja apabila tahu saya hamil. Setiap hari dia akan tanya bila baby nak keluar,” katanya.

Sementara itu drama lakonan Shima berjudul Suamiku Lelaki Pendosa kini sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3.

Manakala dua lagi drama iaitu Hati Memilih Dia dan Kancheong bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain