HAMPIR 50 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, pelakon veteran Fauziah Nawi berkata dia sudah melalui pelbagai cabaran dan ragam sepanjang bergelar anak seni. Mengakui pernah didatangi beberapa pendatang baharu yang mahu mendapatkan rujukan, Fauziah, 68, berkata dia hanya mampu menasihati mereka untuk cekal dan bersabar berdepan ujian. "Ada beberapa pelakon baharu bertemu untuk merujuk dengan saya... biasanya kalau jadi apa-apa saya nasihat sabar sahajalah sebab kerja kita ni memang kena banyak bersabar. ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Nawi syukur masih relevan, dapat merasa genggam trofi ketika masih hidup ARTIKEL BERKAITAN: “Orang macam kami ada kerja, baru ada gaji” - Fauziah Nawi guna saluran Istana Negara mohon penggiat seni dibenarkan kerja "Kalau tak boleh bersabar jangan masuk industri ni, bagi saya kesabaran itu penting. Kalau nak cerita benda tak best dekat set penggambaran, rasanya dekat mana-mana pun ada saja masalah sama. "Bukan industri ini sahaja, di mana-mana tempat kerja pun mesti ada yang menyakitkan hati kita, orang bermuka-muka, semua ada la tapi berbalik pada cara kita nak menanganinya," katanya kepada mStar. Fauziah tabah berdepan ujian sebagai anak seni. Sebelum itu, menerusi Instagram Fauziah mengalu-alukan jika ada mana-mana pelakon dan penggiat seni yang ingin berkongsi ilmu dengannya mengenai dunia lakonan. "Saya selalu berpesan kepada bakat baharu, rajin-rajin bertanya, jangan malu nak belajar sebab saya sentiasa ada untuk menolong. Kenapa kita nak jadi tak bagus sebab mereka ini, saya cuma anggap mereka yang negatif ini tak sihat dan sakit FAUZIAH NAWI PELAKON "Berkongsi ilmu ni tak rugi, banyak manfaat. Setiap kali di set saya banyak luangkan masa dengan pelakon dan kru, inilah masa kita bersama, bonding session," ujarnya dalam satu rakaman video. Enggan membawa aura negatif semasa bekerja, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini berkata dia sentiasa berfikiran positif ketika berdepan sebarang masalah di set penggambaran. Fauziah Nawi jadikan set penggambaran sebagai tempat berkongsi pandangan dan idea. "Negatif vibe saya tak pernah kisah sebab kadang-kadang saya menggunakan negatif itu untuk membantu lakonan. Bagi saya lantaklah, saya cuma fikirkan diri sendiri. "Kenapa kita nak jadi tak bagus sebab mereka ini, saya cuma anggap mereka yang negatif ini tak sihat dan sakit. "Saya lebih selesa berbaik dengan semua orang, jangan fikir kita ni hebat sangat. Kita kena ada energi yang baik, tak sukalah bermasam muka sebab pusing-pusing jumpa orang yang sama," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!