suria

Sering dikata ‘klon’ Akim Ahmad, Ajoi Zainal elak bawa lagu Akim & The Majistret

Ajoi tidak mahu dibandingkan dengan Akim Ahmad.

GAYA suara dan wajah yang dikatakan seiras Akim Ahmad bukan satu kelebihan kepada Ajoi Zainal dalam pertandingan Big Stage 2022.

Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin enggan perkara itu menjadi punca dia dibandingkan dengan vokalis kumpulan Akim & The Majistret.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak saudara Ajoi Zainal meninggal dunia selepas jatuh longkang, emosi terganggu ketika buat persembahan di Big Stage 2022

Oleh yang demikian, penyanyi berusia 24 tahun ini tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyanyikan lagu suami kepada penyanyi Stacy Anam itu.

Ajoi 2

Ajoi mahu dikenali sebagai dirinya.

"Sebenarnya dari 2018 lagi, masa saya mula-mula nak ceburi bidang nyanyian, memang ada orang cakap saya sama seperti Akim Ahmad.

"Macam-macam saya cuba, buat rambut dan gemokkan badan tapi tetap ada yang kata sama juga. Bagi saya, tak ada la sama pun... suara dia pun lain.

"Saya tak nak orang bandingkan saya dengan dia. Walaupun minat muzik dia tapi saya memang tak nak nyanyi lagu dia," katanya kepada mStar.

Ajoi ditemui ketika selepas selesai konsert Big Stage 2022 minggu kedua yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Secara jujurnya, jangkaan orang terhadap saya memberikan tekanan.

AJOI ZAINAL

PESERTA BIG STAGE 2022

Berkongsi mengenai penyertaannya dalam Big Stage 2022, Ajoi mengakui jangkaan penonton memberi tekanan kepadanya.

Bagaimanapun, Ajoi menjadikan tekanan itu sebagai pembakar semangat untuk dia sentiasa menambah baik persembahannya setiap minggu.

"Secara jujurnya, jangkaan orang terhadap saya memberikan tekanan. Masa minggu pertama itu, mungkin orang dah letakkan jangkaan.

"Benda itu memang beri tekanan kepada saya. Tapi apa yang boleh dijanjikan, saya mahu perbaiki persembahan setiap minggu.

"Saya tak nak la hanya nak tunggu minggu ketiga ke keempat, tapi kalau boleh nak beri terbaik setiap minggu," ujarnya.

Ajoi 1

Ajoi mahu sentiasa mahu perbaiki persembahannya.

Selain Ajoi, 10 peserta lain yang turut bersaing iaitu Elica Paujin, Aisha Retno, Yasmin Aziz, Tuah Adzmi, Megat Rahim, Sofiaa, Danial Chuer, Lia Aziz, Tegar Septian, dan Syafiq Abdilah.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi juri tetap Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan penyanyi Aina Abdul sebagai juri undangan.

Manakala kerusi juri pedas pula diisi oleh penyanyi Mas Idayu, manakala usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

Program realiti itu dikendali oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, manakala tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain