suria

Wan Sharmila mengaku seronok jumpa Talita, anak Shuib... mohon doa yang baik-baik bimbang orang salah faham

Wan Sharmila memuji sikap Talita yang pandai menghormati orang.

KETIKA nama dikaitkan kononnya bakal menjadi ibu tiri kepada anak-anak Shuib, pelakon Wan Sharmila bagaimanapun mendedahkan dia baharu pertama kali berjumpa dengan anak pelawak itu, Dzahira Talita Zahra sambil memuji sikap kanak-kanak berusia sembilan tahun tersebut.

Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala berkata Talita seorang yang kelakar, anak yang baik malah pandai menghormati orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Shuib serasi dengan Wan Sharmila, ramai tegur wajah Talita nampak seiras

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Sharmila tak terkejut nama kena petik dipeluk anak Siti Sarah, mengaku kenal Shuib tapi bukan rapat

Gembira dapat meluangkan masa, pemilik nama Wan Sharmila Wan Mohamed turut bersyukur dia dan Talita serasi bersama.

Wan Sharmila 1

Wan Sharmila seronok dapat luangkan masa dengan Talita.

"Alhamdulillah, saya pertama kali berjumpa dengan Talita. Dia seorang anak yang baik, pandai menghormati orang dan pandai buat orang gelak.

"Macam yang saya tulis di Instagram juga, Alhamdulillah dia sudi la geng dengan saya. Seronok dapat luangkan masa bersama," katanya kepada mStar.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin pada Rabu, Talita dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat beli belah.

Seronok dapat luangkan masa bersama.

WAN SHARMILA

PELAKON

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila 'dipetik' kononnya merupakan wanita yang memeluk anak perempuan pelawak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar, Wan Sharmila menafikan dia adalah individu dalam video yang dilihat memeluk Talita.

Wan Sharmila 2

Wan Sharmila bersama Talita dan neneknya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuaan mereka kerana bimbang disalahertikan oleh mana-mana pihak.

"Kalau boleh, saya tak nak ulas lebih lanjut mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang boleh salah faham pula.

"Apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Talita sekeluarga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain