suria

Sarat hamil 8 bulan, Nadya Syahera positif Covid-19... Bimbang virus ganggu paru-paru

Nadya bimbang virus Covid-19 memberi kesan kepada kandungan

SARAT hamil lapan bulan, pelakon Nadya Syahera meluahkan rasa bimbang apabila dia disahkan positif virus Covid-19 pada Jumaat.

Bagaimanapun, Nadya, 29, bersyukur dia tidak mengalami simptom teruk dan berharap virus berkenaan tidak menganggu paru-paru dan menjejaskan kandungannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang ada pihak kurang senang, Nadya Syahera umum hamil anak ketiga selepas masuk trimester kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Nadya Syahera terkejut suami buat 'poll' di Instagram tanya pendapat nak cerai, “Tak tahu apa yang dia nak sebenarnya”

“Saya sangat risau sekarang ini memandangkan sekarang tengah hamil. Usia kandungan saya hampir masuk lapan bulan.

“Semoga tiada simptom yang teruk dan saya harap tidak mengganggu paru-paru yang boleh memberi kepada diri sendiri dan anak dalam kandungan.

nadya shahera 1

Nadya melakukan ujian saringan selapas suami demam seminggu

“Buat masa sekarang saya tidak mengalami demam teruk. Hanya batuk dan letih sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Nadya kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan menunggu arahan lanjut dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika dia perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam masa sama, isteri kepada Fizul Nawi ini juga tidak berani mengamalkan sebarang petua atau mengambil ubat tanpa nasihat doktor.

“Kalau boleh saya tidak mahu ke hospital.

“Sekarang berada di rumah dan menunggu jika mendapat panggilan dari pihak KKM. Tunggu sahaja apa langkah seterusnya yang perlu saya ambil.

Kalau boleh saya tidak mahu ke hospital

NADYA SYAHERA

PELAKON

“Saya hanya minum air lemon dan air kelapa sahaja. Hendak amalkan sebarang petua atau ubat saya takut ia memberi kesan kepada kandungan,” katanya.

Menurut Nadya, dia melakukan ujian saringan selepas suaminya mengalami batuk dan muntah selama seminggu.

“Saya dan suami menjalani kuarantin di rumah dan kami tinggal di bilik berasingan.

nadya shahera 2

Nadya dan Fizul bersama dua anak mereka

“Anak-anak pula berada di rumah kakak ipar saya. Tentunya saya risau dengan keadaan anak-anak kerana mereka juga ada mengalami batuk,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, dan Mohamad Dayyan yang kini berusia enam tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain