suria

Han Byul anggap Lia Aziz tak ‘all out’, persembahan kurang istimewa... Tersingkir Big Stage 2022

Lia Aziz terpaksa akur apabila gagal meneruskan perjuangannya dalam Big Stage 2022.

PERJALANAN penyanyi Lia Aziz di pentas Big Stage 2022 terhenti apabila diumum tersingkir di konsert minggu ketiga yang berlangsung pada malam Ahad.

Menurut juri jemputan iaitu Han Byul, persembahan Lia kurang menarik dan dia seharusnya menonjolkan sisi lebih berbeza sebagai penyanyi.

“Semua orang tahu kamu menyanyi bagus semasa membawa lagu Kucu Kuca. Saya suka lagu itu tapi untuk pertandingan, mesti tunjuk sesuatu yang istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Iqbal! Seperti dijangka jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022

ARTIKEL BERKAITAN: Mampu ke Sofiaa Jerung Merah menyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu? Depan Tokti pula tu!

“Orang mengharapkan lebih, semua orang ada jangkaan lebih daripada awak. Overall okay sahaja. Awak ada potensi tapi untuk menang perlu ada yang istimewa,” komennya selepas persembahan.

han byul

Han Byul ketika muncul sebagai juri jemputan Big Stage.

Pada konsert minggu ketiga, Lia menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah menerima markah 55 peratus daripada juri dan undian peminat.

Tiga peserta menerima markah tertinggi minggu ini ialah Aishah Retno sebanyak 82 peratus, Elica Paujin (80.40 peratus) dan Syafiq Abdillah (75 peratus).

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dan Han Byul sebagai juri undangan.

Manakala kerusi juri pedas diisi oleh penyanyi Mas Idayu manakala usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

Big Stage 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Program ini dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.

Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

10 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain