suria

Sharifah Rose jawab tuduhan ciplak jenama, ‘Sekuntum’ panggilan sejak kecil… Tidak tahu kewujudan jenama sama

Sharifah Rose tampil menjelaskan mengenai isu ciplak.

SUSULAN kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran ketika melancarkan produk jenamanya diberi nama Sekuntum, akhirnya pelakon Sharifah Rose tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurut Sharifah Rose atau lebih mesra disapa Rose, 23, dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama yang diperkatakan itu hinggalah dimaklumkan selepas melancarkan video promosi di laman sosial.

"Pada awal pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose akui kontroversi bantu naikkan nama... Tak fikir fasal cinta, mahu fokus berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sharifah Rose ‘panas’ lagi, kali ini netizen tuduh ciplak jenama tudung - “Dia fikir boleh tiru macam kerja sekolah?”

"Perkataan ‘sekuntum' ini sangat dekat di hati Rose kerana ia adalah panggilan keluarga untuk Rose sejak kecil lagi. Kami memutuskan untuk mendaftar nama Sekuntum kerana ia tidak terhad kepada bunga ros saja.

"Pada awalnya team Rose ada memberi cadangan untuk menamakan brand ini sebagai Sekuntum Rose tetapi saya menolak kerana tidak mahu ianya hanya tentang diri saya. It’s about all flowers, shapes, colors and sizes," katanya.

rose 1

Penjelasan Sharifah Rose berhubung ciplak jenama tudung.

Pelakon drama 3 Nota Cinta ini menjelaskan mengenai pemilihan nama untuk jenama tudungnya itu menerusi Instagram pada Ahad.

Pada Sabtu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon ini meniru jenama dengan ejaan berbeza namun wujud persamaan pada penggunaan logo tiga kelopak bunga.

"Selamba artis keluarkan brand nama sama ejaan saja lain, business nature sama, signature bunga tiga kelopak sama dan rekaan logo huruf kecil sama.

Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak!

SHARIFAH ROSE

PELAKON

"Bila nama brand hampir sama, customer pun confuse. Akhirnya picisan ni tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun,” tulisnya yang dipercayai pemilik perniagaan tudung jenama Sekuntom.

Dalam pada itu, Sharifah Rose berkata segala persiapan membuka perniagaan itu telah melalui proses kajian oleh pasukannya terlebih dahulu.

"Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.

"Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan September lalu.

"Mana mungkin kami akan teruskan proses ini jikalau benar tuduhan yang ditujukan kepada kami. Saya tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak," ujarnya.

rose 2

Pengguna Twitter mendakwa Rose menciplak jenama lain.

Sementara itu, Sharifah Rose berkata insiden ini memberi banyak pengajaran kepadanya dalam membina perniagaan.

"Sejujurnya Rose telah pun mengambil iktibar daripada isu ini untuk dijadikan pengajaran buat diri dan perniagaan Rose dan saya terima segala feedback, baik atau buruk kerana dengan cara itu sahaja saya dapat belajar dan berkembang.

"Rose ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan yang diberikan ke atas isu yang sedang hangat diperbualkan.

"Sebagai pendatang baharu dalam dunia perniagaan, banyak lagi yang Rose perlu belajar dan Rose terima semua pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, Rose akan sentiasa memperbaiki kekurangan diri untuk terus berjaya.

“Akhir sekali, Rose berharap agar kedua-dua pihak dapat berkembang mekar bersama. Kami sudah menghubungi Macamilk dan menyelesaikan secara peribadi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain