suria

Dapat ‘soalan maut’ tentang kahwin lain, Azmi Saat kongsi cerita isteri tak pernah salah... Netizen siap bagi nasihat!

Status yang ditulis Azmi dikongsi ramai pengguna Facebook

SUDAH menjadi perkara biasa bagi pasangan suami isteri untuk berborak dan bercerita tentang sesuatu perkara sebelum melelapkan mata.

Namun perkongsian tentang perbualan biasa antara penyanyi Azmi Saat dengan isterinya berkaitan isu rumah tangga menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai respons pengguna di laman sosial Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Menitis air mata dengar tangisan bayi, Azmi Saat sebak kenang hampir putus asa tunggu zuriat - “Alhamdulillah, akhirnya Allah bagi”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak Azmi Saat meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak - “Tunggu kami di syurga ya”

Menerusi perbualan tersebut, Azmi, 35, berkata, isterinya bertanya sama ada dia akan menceritakan kisah buruk isteri pertama kepada isteri kedua jika dia ditakdirkan berkahwin lain.

“Isteri bertanya, kalau saya kahwin baru, adakah saya akan ceritakan keburukannya.

“Saya katakan tidak pernah terfikir hal tersebut, dan kemudian dia minta fikirkan sekarang," cerita vokalis kumpulan Caliph Buskers itu.

azmi saat 2

Perkongsian perbualan Azmi dan isteri mengundang pelbagai reaksi netizen

Bagaimanapun perbualan mereka memasuki fasa yang lebih mendebarkan apabila Azmi cuba menjawab pertanyaan berkenaan.

“Saya kata isteri baru akan cemburu kerana saya selalu memuji dia (isteri pertama).

“Kemudian isteri saya tanya, kenapa nak kahwin baru?

Jangan la jawab soalan macam ni. Kami (isteri) tetap betul. Kalian tetap salah

NETIZEN

“Soalan apakah ini? Tanda-tanda apakah ini? Benarlah perempuan bukan makhluk bumi,” tulis Azmi lagi.

Rata-rata terhibur dengan perkongsian berkenaan hingga ada yang menyimpulkan bahawa situasi berkenaan menggambarkan kaum wanita sentiasa betul dalam setiap perkara.

Perkara ini juga sering menjadi bualan dan gurauan ramai pasangan berkahwin.

Meninjau ke ruangan komen, ada juga netizen yang turut berkongsi cerita tentang pengalaman masing-masing apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Jangan la jawab soalan macam ni. Kami (isteri) tetap betul. Kalian tetap salah.

“Suami saya bang selalu malas nak jawab soalan saya. Sebab apabila dah bertanya, akan bermula la penyiasatan macam dalam guard room.

Status yang ditulis Azmi dikongsi ramai pengguna Facebook

Netizen turut berkongsi pengalaman sendiri menerusi perkongsian Azmi.

“Azmi patut jawab, abang tak boleh jawab selagi belum tempuh. Kalau abang dah tempuh mungkin abang boleh jawab soalan tu. Kalau abang fikir tanpa tindakan mungkin awak akan fikir saya reka cerita. Jadi saya perlu nikah dahulu baru saya boleh bagi tahu sinopsis,” komen netizen.

Untuk rekod Azmi mendirikan rumah tangga dengan Naziah Muhammad pada tahun 2011.

Penantian pasangan ini menantikan kelahiran cahaya mata pertama diakhiri dengan kisah duka apabila anak sulung Azmi meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan pada September tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain