suria

Uyaina Arshad alami simptom teruk, nak pergi tandas pun merangkak... Terpaksa masuk wad kerana Covid-19

Uyaina ditahan di wad kerana kondisi kesihatan kurang baik.

PELAKON dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi berita duka memaklumkan dia dan suami iaitu Raja Syahiran disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Menurut Uyaina, 30, dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas lemah badan dan mengalami tekanan darah rendah, manakala suaminya hanya menjalani kuarantin di rumah.

"Pertama kali berjauhan dengan suami. Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila dijangkiti Covid-19 ini. Ada orang mungkin gejalanya ringan.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad batalkan majlis malam berinai, pelamin hanyut dibawa banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nak ‘wedding’ atas kapal, tapi kini Uyaina Arshad hanya mahu majlis kahwin ‘simple’

"Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutama ketika hari kedua dan ketiga. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul.

"Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas. Demam menggigil dan paling bahaya sebab kacau organ dalaman," katanya menerusi laman Instagram pada Jumaat.

Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan Covid-19

UYAINA ARSHAD

PELAKON/ PENGACARA

Menyedari bahaya Covid-19, pengacara program Wanita Hari Ini meminta orang ramai terus mengutamakan soal kesihatan dan mensyukuri nikmat memiliki tubuh badan sihat.

"Ini sakit dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Antivaksin? Tak tahu macam mana teruknya badan mereka.

uyaina 2

Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.

"Saya kongsi gambar ini untuk ingatkan diri sendiri tentang apa rasanya badan sihat. Untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.

"Jaga diri semua. Saya doakan anda tidak dijangkiti Covid-19 terutamanya warga tua dan budak-budak sebab tak tahu macam mana badan dia orang nak terima.

"Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan Covid-19," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain