suria

Hampir-hampir kantoi menyorok dalam kostum Aiskrim Roti, Iman Troye terpaksa tipu sunat rahsia identiti

Iman terpaksa tipu apabila ditanya mengenai Aiskrim Roti.

IDENTITI selebriti yang memakai kostum Aiskrim Roti akhirnya terungkai apabila Iman Troye merupakan selebriti yang bersembunyi di sebalik imej berkenaan.

Mengakui berat menyimpan rahsia itu sehingga minggu kelima program The Masked Singer Malaysia musim kedua (TMSM), Iman, 19, mendedahkan dia terpaksa menipu bagi memastikan rahsia mengenai perkara itu tidak terbongkar.

"Tahu tak masa minggu pertama program itu tiba-tiba orang call, WhatsApp tanya Aiskrim Roti tu Iman ke? Ya Allah saya tak tahu nak jawab apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi buat Iman Troye dikenali, akui stres kena kecam netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye tak sangka ramai perhati kerap bertukar ‘handbag’ mahal

"Dalam hati tipu sunat ni, kalau aku jawab ni aku kena juga, saya terpaksa tipu. Ya saya tahu semua orang tahu saya daripada episod satu, tapi saya tak boleh buat apa... sampai famili pun semua hantar dalam group (WhatsApp) tanya nak reply apa bila kawan-kawan tanya.

"Semua orang tak tahu kecuali yang kerja dengan saya tahulah sebab mereka kena hantar saya dan bekerja sekali... mereka pun terpaksa menipu sebab nak rahsiakan benda ni," katanya.

iman 2

Iman terpaksa tutup mulut mengenai penglibatannya dalam TMSM.

Iman berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram sejurus berakhirnya program berkenaan pada malam Jumaat.

Dalam konsert minggu kelima itu, Aiskrim Roti menyampaikan lagu Assalammualaikum nyanyian asal Faizal Tahir.

Kostum tu berat sangat, masa kat atas pentas tu berapa kali nak tersadung, ada beberapa scene saya nak terjatuh

IMAN TROYE

PENYANYI

Dia bagaimanapun tersingkir dan tidak layak meneruskan saingan pada minggu hadapan.

Berkongsi pengalaman memakai kostum berkenaan, penyanyi lagu Nang ini berkata ia sangat mencabar hingga hampir terjatuh di atas pentas.

iman 3

Iman sedang promosi lagu baharu berjudul Harum Sundal Malam.

"Kostum tu berat sangat, masa kat atas pentas tu berapa kali nak tersadung, ada beberapa scene saya nak terjatuh.

"Semua clue yang mereka beri adalah berdasarkan karakter dan cerita kami sendiri, memang tak ada rekaan, malah saya pun tak tahu siapa selebriti lain dalam maskot yang ada.

"Apa-apa pun seronok sangat dapat menyertai program ini, terima kasih Astro bagi peluang saya tunjuk bakat kecil ini, saya cuma nak hiburkan penonton," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iman baru sahaja melancarkan single keempatnya berjudul Harum Sundal Malam.

Lagu genre ballad ini boleh didengar di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube XO House.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain