suria

Tak puas hati keputusan negatif, Janna Nick buat ujian Covid-19 berulang kali… Netizen tegur jangan kalut, rupa-rupanya betul positif!

Janna Nick disahkan positif Covid-19 selepas buat ujian ketiga.

GARA-GARA melakukan ujian calitan berulang kali kerana yakin diri positif Covid-19, pelakon Janna Nick menerima mesej teguran daripada netizen di laman Instagram.

Menurut Janna, 26, dia melakukan beberapa kali ujian berkenaan kerana berasa diri kurang sihat, lebih-lebih lagi menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

"Semalam ramai mesej saya cakap... eh dah negatif tu negatif jela, tak payah kalut nak positif. Saya bukan saja-saja nak buat content atau terhegeh-hegeh buat RTK (rapid test kit) atau PCR (polymerase chain reaction) nak positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat antikemurungan, Janna Nick terpaksa perlahan kerjaya seni demi kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick beri amaran, jangan ‘Gatal’ dengan kekasih orang!

"Saya buat sebab kita boleh rasa badan kita macam tak sihat, sebab saya bukan senang sakit, jadi saya dah boleh agak saya positif, itulah sebab semalam saya terus buat PCR,” katanya menerusi Instastory.

Penyanyi lagu Gatal ini turut memaklumkan ujian calitan terbaharu yang dilakukan mendapati dia positif virus tersebut pada pagi Sabtu.

janna 2

Janna sah positif Covid-19 selepas buat ujian PCR.

Pada Jumaat, Janna memberitahu dia melakukan ujian kendiri dan mendapati alat tersebut menunjukkan dua garis positif.

Janna kemudian ke klinik berdekatan dan melakukan ujian RTK pula, namun keputusan negatif.

Saya positif setelah dua tahun lebih bertarung dengan Covid-19, akhirnya kecundang jua!

JANNA NICK

PELAKON

Tidak berpuas hati kerana yakin sudah dijangkiti, dia mengambil keputusan melakukan ujian ketiga iaitu PCR dan akhirnya dia disahkan positif virus berkenaan.

"Pembantu Dini Schatzmann positif, kami takutlah sebab close contact dan selalu berjumpa. Ujian kendiri air liur yang pertama dan kedua nampak dua garisan, kami buat RTK dan keputusan negatif tapi saya yakin saya positif," kata Janna.

janna 3

Janna yakin diri positif kerana berasa tidak sihat.

Sementara itu, Janna memberitahu dia kini mula berdepan simptom Covid-19 antaranya demam dan sakit tekak.

"Saya positif setelah dua tahun lebih bertarung dengan Covid-19, akhirnya kecundang jua. Semalam macam okay lagi, malam tadi dah rasa sakit tekak perit sangat, macam nak demam, rasa senjuk dan sakit badan.

"Hidung pun dah mula tersumbat, ada banyak ubat saya dah sediakan. Doakan saya cepat sembuh, saya minta maaf sesiapa yang ada jumpa saya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain