suria

Isteri Zul (2 by 2) terkena sihir, kerap mimpi nampak seseorang di tepi kubur... Susah tidur, hanya mampu baring tegak seperti jenazah

Zul juga banyak memberi semangat kepada Maya untuk melawan sakit akibat sihir

SIAPA sangka di sebalik khabar gembira perkahwinan pasangan penyanyi Zul (2 by 2) dan Intan Maya pada 22 Februari lalu rupa-rupanya tersembunyi pelbagai dugaan dan rintangan.

Paling menakutkan apabila Maya, 39, diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan guna-guna atau ilmu hitam yang didorong perasaan dengki.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun menduda, Zul (2by2) kini suami penyanyi Intan Maya, beri mas kahwin RM22,222.22

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak tahu jalan cerita jangan buat andaian"- Zul (2by2) diminta berbaik dengan Isma

Cerita Maya, dia mengalami sesak nafas dan beberapa peristiwa pelik sehingga hatinya berbolak-balik untuk meneruskan hasrat berkahwin dengan Zul atau Zulkefli Majid, 50.

“Saya rasa sesak nafas, kaki jadi sakit dan kepala terasa amat berat. Sehinggakan ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul.

“Saya juga ada beritahu kepadanya untuk membatalkan pernikahan.

“Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu memberontak,” katanya kepada mStar.

zul 2

Gangguan pada diri membuatkan Maya mahu membatalkan perkahwinan

Tambah Maya, dugaan berkenaan berlaku kira-kira tiga minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

“Mujur ada teman-teman rapat yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya lawan perasaan itu.

“Syukur selepas bernikah semuanya hilang dan saya sekarang dalam proses untuk memulihkan diri,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalaman berkenaan, Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls berkata, dia juga sering mengalami mimpi pelik tentang seseorang di tepi kubur.

Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu memberontak

INTAN MAYA

PENYANYI

Malah, dia turut mengalami masalah tidur dan hanya boleh terbaring dalam keadaan tegak seperti jenazah.

“Saya pernah bermimpi melihat seseorang yang rupanya agak pelik di tepi kubur.

“Selain itu saya juga susah untuk tidur, tidak boleh mengiring atau dalam posisi lain. Hanya terbaring seperti jenazah dengan tangan di dada. Mungkin dia mahu saya mati,” terangnya.

Bimbang keadaan menjadi lebih parah, Maya berkata dia cuba berubat dan menjalani rawatan perubatan Islam.

Bukan itu sahaja, dia juga kerap bermimpi wajah seseorang selepas menunaikan solat hajat meminta diberikan petunjuk.

zul 3

Zul dan Maya pada hari pernikahan mereka

“Saya lakukan solat hajat memohon diberi petunjuk siapakah orang yang melakukan perbuatan ini. Beberapa kali saya nampak wajah yang sama.

“Saya maafkan orang itu. Tidak elok menyimpan dendam kerana takut perkara sebegini akan berlaku kepada keluarga saya.

“Sekarang ini ada masa saya rasa jiwa masih kosong. Saya hanya kuatkan semangat dan terus berdoa dijauhkan daripada sebarang unsur sihir lagi,” ujarnya.

Maya dan Zul selamat bernikah pada 22 Februari lalu. Ini merupakan pernikahan kali kedua buat mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain