SELEPAS lebih dua tahun menanti, akhirnya penyanyi Zizi Kirana tampil dengan lagu baharu berjudul Pijak. Pertama kali menyanyikan lagu rap dengan imej berhijab, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, mengakui bimbang penerimaan orang ramai terhadap muzik dan penampilan muslimahnya itu. "Sejujurnya sebelum dilancarkan saya nervous, saya takut macam mana penerimaan orang di luar, saya terfikir bolehkah mereka terima saya menyanyikan lagu rap. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana tak kecil hati status Diva AA sindir kahwin 'pucuk muda' ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh hari di hospital, Zizi Kirana syukur suami 24 jam di sisi... doktor nasihat ‘bed rest’ sehingga sembuh "Benda ni sentiasa bermain di kepala tapi Alhamdulillah orang sekeliling memberikan kata-kata semangat, jadi saya ikut sajalah. Apabila berpenampilan begini kita pun tahu apa yang perlu dibataskan. "Semestinya lagu baharu ini ada cabarannya kerana saya sudah berubah imej dan menjadi isteri orang, kita kena tahu la batasan, di mana pergerakan dan tarian dah tak boleh selincah macam dulu. Zizi tetap meneruskan karier nyanyian kerana minat terlalu mendalam. "Kami satu pasukan duduk berbincang dan fikirkan apa yang sesuai... kalau bergerak pun sikit-sikit sahaja, yang penting mesej dalam lagu itu sampai kepada pendengar," katanya kepada mStar. Zizi ditemui semasa sidang media lagu terbaharu Pijak yang diadakan secara maya pada Khamis. Alhamdulillah tak ada pun komen kecam MV itu, sampaikan admin saya pun terkejut tengok semua tulis komen positif ZIZI KIRANA PENYANYI Lagu ciptaan hasil ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah kesinambungan kepada lagu Eh menceritakan mengenai orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kelemahan orang lain. Video muzik (MV) lagu berkenaan sudah boleh ditonton di saluran YouTube Zizi Kirana sejak 25 Februari lalu dan menjadi trending di laman berkenaan. Selepas bergelar isteri Yusuf Bahrin, Zizi letak batas dalam karier seni. Menerima banyak komen positf daripada pendengar, isteri kepada aktor Yusuf Bahrin ini berkata dia gembira apabila orang ramai masih boleh menerima dirinya sebagai penyanyi rap. "Alhamdulillah tak ada pun komen kecam MV itu, sampaikan admin yang menguruskan YouTube pun terkejut tengok semua tulis komen positif... dia siap mengusik saya katanya boringlah tak ada orang kutuk. TONTON MV PIJAK INI! "Sebenarnya sebelum ini ramai yang ingat saya dah berhenti menyanyi, tak nak rap dah! Bukan tak nak cuma saya tunggu masa yang sesuai sebab tahun lepas banyak benda yang diselesaikan. "Selepas setahun pembikinan lagu ini, akhirnya kita lancarkan secara rasmi untuk peminat. Harapan saya lagu ini diterima ramai kerana ia tersirat dengan mesej positif mengenai kehidupan masyarakat kita," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!