suria

Teguran KP Imigresen perkara biasa, tiada niat tersembunyi dalam jenaka selain menghibur - Harith Iskander

Harith Iskandar jenaka tentang perbezaan kaunter Imigresen Malaysia dan Singapura.

SELEPAS ditegur kerana menjadikan perkhidmatan Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai bahan jenaka, pelawak Harith Iskander tetap mempertahankan tindakannya itu.

Menurut Harith, 56, apa yang berlaku itu bukan isu besar dan stand up comedy yang dimuat naik daripada program Netflix Special bertajuk 'I Told You So' itu adalah rakaman beberapa tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro tegur Harith Iskander jangan merintih di media sosial tuduh ATM tak bantu mangsa banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Iskander bawa bot sendiri selamatkan 12 mangsa banjir, mohon maaf persoal peranan ATM

Malah tegasnya, stand up comedy itu sendiri adalah medium untuk mentertawakan ketidaksempurnaan dan ia dilakukan tanpa niat lain selain menghibur.

"Sebenarnya saya rasa makumbalas dari Ketua Pangarah Imigresen tu biasa je, saya pun maklum balas ke tweet beliau dan pada waktu itu saya tidak menganggap ia sebagai isu yang besar.

"Klip stand up comedy yang di maksudkan tu dari Netflix Special saya yang bertajuk "I Told You So" dari beberapa tahun lepas (2018) dan memang itu "joke" lama.

"Stand up comedy adalah medium untuk kita mempertawakan diri kita sebagai manusia. Manusia tidak sempurna dan kita mesti boleh mentertawakan ketidaksempurnaan kita. Itu 'nature' of stand up comedy.

"Tiada niat selain dari menghibur" ujarnya kepada mStar pada Jumaat.

Status Harith

Status Harith ditegur Ketua Pengarah jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kandungan yang disifatkan keterlaluan, Harith berkata, dia sentiasa berhati-hati sepanjang 30 tahun dalam industri seni.

Malah, Harith mengakui dia seorang yang cintakan negara dan bangga menjadi warganegara Malaysia.

"Soal berhati-hati dalam buat content tak perlu dipertikaikan sebab selama karier saya sebagai stand up comedian lebih 30 tahun ini saya memang sentiasa behatı-hati dengan content persembahan saya.

"Kalau tidak, dah lama saya keluar dari industri ini. Sebelum pandemik ini saya dah mengharumkan nama Malaysia dengan menang anugerah 'Funniest Comedian in the World' beberapa tahun lepas dan saya tak pernah malu menggelarkan diri saya sebagai 'a proud Malaysian'" ujarnya lagi.

Sebelum ini, gara-gara jenaka mengenai perkhidmatan Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Harith menerima teguran Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud di Twitter.

Menurut Khairul Dzaimee, jenaka membandingkan perkhidmatan imigresen di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan KLIA adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Ini mengelirukan, Harith," kata Khairul Dzaimee di Twitter secara ringkas.

Persembahan stand up komedi boleh menjadi senjata yang sangat berkuasa dalam membincangkan mengenai isu sosial

HARITH ISKANDER

PELAWAK

Khairul Dzaimee menegur tindakan Harith berkongsi rakaman video lama yang dilihat seolah-olah cuba memberi gambaran tentang kelemahan sistem perkhidmatan Jabatan Imigresen di KLIA.

Kelemahan berkenaan merujuk kepada kaunter jabatan tersebut yang tidak beroperasi sepenuhnya.

kenyataan harith di ig

Harith mengulas kenyataannya di IG.

Bagaimanapun Harith membalas twit Khairul Dzaimee dengan mengatakan bahawa rakaman berkenaan adalah bahan stand up komedi dan bukannya persidangan Parlimen.

Isu berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada antara mereka yang menyokong jenaka yang dilakukan Harith.

Kata mereka bahan jenaka itu pernah terjadi ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di KLIA.

Namun ada juga yang mempertikaikan perbuatan Harith kerana menurut mereka ia seperti 'membahan' atau mempersendakan negara sendiri demi stand up komedi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain