suria

Terkial-kial naikkan ‘view’, MV Melepaskanmu kena padam pula... Amylea Azizan kecewa hilang 10,000 tontonan

Amylea merasakan karya seninya dipandang rendah apabila masalah kecil berlaku

KECEWA... Itu yang boleh diluahkan Amylea Azizan selepas muzik video lagu baharunya Melepaskanmu terpaksa dipadam selepas 11 hari dimuat naik di YouTube.

Menurut Amylea, 36, ia berpunca dari masalah teknikal di mana format yang dimuat naik tidak sama seperti kehendak platform tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Luka putus tunang belum sembuh, Amylea Azizan tak sedia bertukar nombor telefon dengan mana-mana lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dipandang rendah, Amylea Azizan puas single baharu 'Kendati' kini dapat perhatian

“Ia satu kesilapan yang besar dari sudut suntingan dan tidak boleh dibiarkan terus dimainkan di Youtube.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, kami bersetuju untuk memadamkan semula video muzik tersebut.

“Saya rasa macam penat lelah saya tidak dihargai apabila berlaku masalah kecil sebegini.

amylea 2

Amylea kecewa perkara kecil sebegini masih berlaku

“Memang rasa sangat kecewa kerana sudah lama saya tunggu untuk keluarkan lagu ini dan dah dapat tarikh cantik untuk lancarkan,” ujarnya kepada mStar.

Video muzik lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea ini mula disiarkan di saluran Youtube 17 Eleven Music pada 22 Februari lalu dan sudah mencecah 10,000 tontonan.

Dugaan bersilih ganti buat saya

AMYLEA AZIZAN

PENYANYI

Bagi Amylea juga dugaan sebegini pastinya memberi banyak impak kepada perjalanan kerjaya yang dibina.

“Dugaan bersilih ganti buat saya.

“Penyanyi macam saya ni, bukan senang nak dapat tontonan di Youtube. Terkial-kial untuk naikkan jumlah tontonan.

“Selain itu saya takut juga jika dimuat naik semula dan tidak mendapat banyak tontonan orang akan cakap lagu ini tak sedap,” katanya.

WhatsApp Image 2022-03-04 at 14.57.22

Sibukkan diri di lokasi penggambaran drama untuk lebih bertenang

Amylea sudah berbincang dengan pihak pengurusan untuk membetulkan semula kesilapan tersebut.

“Mungkin orang anggap ini masalah kecil tetapi tidak bagi saya, kerana selama dalam industri saya bekerja keras untuk setiap hasil kerja.

“Adakah saya overthinking? Saya pun tak tahu.

“Buat masa sekarang saya cuba tenangkan diri dan sibuk di lokasi penggambaran drama,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain