suria

[VIDEO] Eizlan tak dapat gaji satu sen pun... Ahmad Idham tertanya-tanya kenapa 'dibuang'?... Dua selebriti anggap Menteri tak 'gentleman' tamatkan kontrak tanpa sebab

PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri kesal dengan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kerana menamatkan tugas mereka di kementerian itu tanpa sebab dan alasan munasabah.

Menganggap tidak 'gentleman' atas tindakan itu, Eizlan berpendapat Saifuddin sebagai pemimpin sepatutnya memanggil mereka untuk berbincang dan memaklumkan langkah itu sebelum membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 4 bulan berkhidmat, Wisma Putra gugurkan Ahmad Idham, Eizlan... Didakwa melobi bertanding PRU-15

ARTIKEL BERKAITAN: Eizlan Yusof sedar ada penggiat seni ‘berbunyi’ isu jawatan Perunding Kreatif, seru contohi industri kreatif Korea tembus pasaran dunia

"Kami sendiri tak ada jawapan kenapa keputusan itu diambil sebab menteri tak panggil pun untuk berbincang dengan kami.

"Bagi saya, ini satu tindakan yang tak gentleman daripada menteri. Kalau khidmat kami tidak diperlukan, sepatutnya panggil berbincang.

Eizlan 4

Eizlan dan Ahmad Idham mengadakan sidang media memperjelaskan isu kontrak di Kementerian Luar ditamatkan.

"Kami hormati keputusan beliau. Cuma ralat tak dipanggil untuk bincang. Sebagai pemimpin, sepatutnya boleh pimpin kami dengan cara yang baik dan sebagainya.

"Kita akur dengan setiap arahan yang diberikan. Bila berlaku benda terkejut begini, kami pun terkejut juga," katanya kepada pemberita menerusi sidang media secara maya pada Jumaat.

Sidang media itu dibuat bagi menjawab persoalan kenapakah peranan mereka di Kementerian Luar ditamatkan dengan notis singkat oleh menteri.

Pada 1 November tahun lalu, Ahmad Idham dan Eizlan dilantik untuk menyertai Wisma Putra selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia bawah Kerangka Luar Malaysia.

Ahmad Idham memegang peranan sebagai Setiausaha Kebudayaan manakala Eizlan pula ialah Perunding Kreatif.

Saya tidak dibayar kerajaan... hanya bekerja sebagai sukarelawan.

EIZLAN YUSOF

PELAKON

Dalam pada itu, Eizlan turut menegaskan dia tidak pernah menerima sebarang gaji atau menggunakan wang kerajaan selama empat bulan berkhidmat di kementerian itu.

"Saya tidak dibayar kerajaan... hanya bekerja sebagai sukarelawan. Malah saya terpaksa keluar duit sendiri untuk berkhidmat.

"Elaun pun tak ada... satu sen tak bayar pun saya buat juga sebab rasa tanggungjawab bersama yang kita pikul sebab nak tengok industri naik.

"Sebab itu saya rasa macam sukarelawan sendiri pun kena diberhentikan... tak tahu apa alasan mereka sedangkan saya tak ganggu duit kerajaan pun," kata Eizlan.

Eizlan 2

Eizlan dan Ahmad Idham terkilan dengan tindakan Saifuddin Abdullah.

Dalam pada itu, kedua-dua mereka mendakwa penamatan kontrak itu kerana mahu meryertrai politik bawah tiket Bersatu adalah perkara yang tidak benar.

"Apabila tomahan itu datang, kebimbangan saya kalau jawab adakah sahih atau ada orang cuba lagakan kami untuk jatuhkan imej dalam Bersatu atau menteri.

"Kalau betul saya nak masuk politik, baik saya terus jumpa (Presiden Bersatu) Tan Sri Muhyiddin. Nak kata Bersatu Pahang tak setuju, saya sendiri tak pernah jumpa atau terlibat dengan aktiviti mereka.

"Saya lebih terlibat di Indera Mahkota, di kawasan parlimen menteri saya. Mungkin ada pihak nak gunakan nama kami untuk jatuhkan Bersatu dan dianggap seperti kejam buang orang," ujarnya.

eizlan 2

Ahmad Idham dan Eizlan nafi penamatan kontrak mereka ada kaitan dengan politik.

Sementara itu, Ahmad Idham turut menafikan dia mendapat manfaat setaraf diplomat semasa di kementerian itu seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya tidak mendapat banyak kelebihan... hanya ada bilik kecil dan passport diplomatik sahaja. Tak ada pun pemandu atau kereta khas," ujarnya.

Malah, Ahmad Idham turut berkongsi pencapaiannya sepanjang empat bulan berkhidmat di kementerian tersebut.

"Dalam masa empat bulan, mana boleh petik hari ini, esok boleh jadi. Siapa kerja dalam kerajaan, mesti tahu proses untuk wujudkan satu unit.

"Tapi saya berjaya wujudkan satu unit di mana akan ada satu platform untuk promosikan karya seni di kedutaan luar negara.

"Dalam masa empat bulan, proses itu sudah sampai ke tahap JPA. Saya tak dapat nak sahkan, tapi boleh saja tanya orang kementerian," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain