SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya memaklumkan dirinya kini hamil lima bulan. Berkongsi berita gembira itu, Ilya yang kini menetap di Australia meluahkan rasa teruja kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya. ARTIKEL BERKAITAN: Fasa ‘honeymoon’ tiga tahun berakhir, Raja Ilya sedia jadi ibu... Sedih tak sempat pulang ke Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku jadi mangsa doktor palsu, Raja Ilya tanggung kesan sampingan... Mohon pihak berkuasa ambil tindakan tegas “Dah lama saya simpan berita ini. Tapi tunggu masa sesuai untuk umumkan kepada semua. “Rasanya inilah masa sesuai. Saya rancang untuk berkongsi hujung Februari lalu, tapi ketika itu badan tak berapa sihat,” katanya kepada mStar. Lebih menggembirakan apabila anak dalam kandungannya dijangka dilahirkan sekitar Julai depan iaitu hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37. Saya akan bersalin di sini dan jika keadaan mengizinkan nanti pastinya saya akan balik ke Malaysia bawa baby kami RAJA ILYA PELAKON “Kalau cukup bulan dan hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya. “Memang rasa seronok dan teruja kerana telah lama kami menantikan kehadiran cahaya mata,” ujarnya. Raja Ilya dan suaminya Trent berkahwin pada Disember 2018. Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018. Selepas berkahwin Ilya dan suami menetap di Australia sejak 2019. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Ilya turut meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia. “Rasa untuk balik Malaysia lebih lagi berbanding mengindam nak makan macam-macam di sini (Australia). “Saya akan bersalin di sini dan jika keadaan mengizinkan nanti pastinya saya akan balik ke Malaysia bawa baby kami,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!