TEKA-TEKI siapakah penyanyi pengganti Ernie Zakri di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) akhirnya terjawab apabila suaminya, Syamel tampil membuat persembahan. Persembahan Syamel mendapat pujian peminat di media sosial apabila rata-rata menyukai susunan semula lagu Boneka yang kedengaran lebih segar dan sesuai dengan kemantapan vokalnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bersalin bulan depan, Ernie Zakri cari pengganti bawa lagu ‘Boneka’ di AJL36 ARTIKEL BERKAITAN: Syamel layan kehendak Ernie Zakri suka menyanyi di rumah, lain macam penangan orang mengandung Sejak diumumkan lagu Boneka layak ke AJL36, Ernie sudah memberitahu tidak dapat beraksi kerana masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak pertama pada 22 Februari lalu. Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti dan semestinya mereka yang terdekat dengan Ernie antara yang menjadi pilihan. Ernie kini sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka 22 Februari lalu. Selain Syamel, nama Anuar Zain dan Ziana Zain juga antara yang menjadi pilihan peminat menggantikan Ernie kerana dua penyanyi merupakan bapa saudara dan ibu saudara kepada Ernie. AJL36 bersiaran secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad. Program ini dihostkan oleh Alif Satar dan Nabila Huda. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO RED CARPET AJL-36!