suria

Mummy Jerung tersingkir Big Stage 2022, persembahan Sofiaa Marieylla kurang ‘feel’, slang Terengganu pekat sangat

Mami Jerung tersingkir minggu kelima Big Stage 2022.

PERJALANAN Mummy Jerung atau Sofiaa Marieylla di pentas Big Stage 2022 terhenti apabila diumum tersingkir di konsert minggu kelima yang berlangsung pada malam Ahad.

Bertemakan This Is Siti Nurhaliza, Sofiaa menyanyikan lagu Ku Mahu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima markah 58.6 peratus daripada juri dan undian peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula kecam Mummy Jerung Merah tak layak masuk Big Stage, ramai terlopong Sofiaa Marieylla dapat markah tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Iqbal! Seperti dijangka jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2022

Menurut juri tetap Ajai, persembahan Sofiaa kurang penghayatan dan dia perlu belajar lebih lagi mengenai muzik.

“Saya rasa kurang feel hari ini tak sama macam masa awak nyanyi lagu dangdut lain.

Mungkin sebab lagu ni bukan original dangdut tapi kita nak pembaharuan.

Awak sesuai lagu rancak tapi jangan takut belajar lagu balada. Saya rasa yang jelas dialek Terengganu masih kuat

SITI NURHALIZA

PENYANYI & JURI TETAP

“Ini minggu kelima dah kena direction yang bagus... lepas ni kena kuatkan hearing part, kena tepat note.

“Kalau nak jadikan nyanyian sebagai kerjaya kena belajar lagi tentang note dan kamu akan nampak prestasi,” katanya semasa mengulas persembahan Sofiaa.

Sementara itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula meminta Sofiaa memperbaiki sebutan dalam nyanyiannya.

“Awak sesuai lagu rancak tapi jangan takut belajar lagu balada. Saya rasa yang jelas dialek Terengganu masih kuat.

“Memang kena berlatih banyak kali nyanyi lagu ni kerana kesukaran pada bahagian korus, banyak perkataan dan sebutan cepat,” ujarnya.

elica

Elica Paujin mendapat markah tertinggi minggu kelima. FOTO GEMPAK

Dalam pada itu, tiga peserta menerima markah tertinggi minggu ini ialah Elica Paujin sebanyak 92.2 peratus, Aisha Retno (91.2%) peratus) dan Danial Chuer (88.4%).

Kesemua peserta diberi tugasan menyanyikan lagu-lagu popular nyanyian juri tetap Siti Nurhaliza.

Selain Siti dan Ajai, Big Stage 2022 turut mengundang juri jemputan, Aliff Aziz.

Kerusi juri pedas pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida.

Minggu ini Ajai menggunakan imuniti unlocked menyelamatkan Tegar yang merupakan tiga peserta mendapat markah terendah.

Screen Shot 2022-03-07 at 12.13.27 AM

Persembahan Danial Chuer antara yang terbaik.

Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Konsert minggu ini dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Elly Mazlein.

Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Lapan peserta yang layak meneruskan saingan minggu depan ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Syafiq Abdillah, Tegar, dan Ajoi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO RED CARPET AJL-36!

Artikel Lain