suria

Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

Lagu nyanyian Shila Amzah serta SOG itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

RAMALAN selebriti Neelofa mengena lagi apabila Pelukan Angkasa diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Lagu nyanyian Shila Amzah serta SOG itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Ia merupakan karya ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa umum pencen, tapi peminat tetap minta ramalan AJL36... Akhirnya ‘Mimpi’ dan ‘Pelukan Angkasa’ jadi pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel buat kejutan, ganti Ernie Zakri di pentas AJL36

Terdahulu, mStar melaporkan Neelofa meramalkan Pelukan Angkasa dan Mimpi nyanyi Haqiem Rusli sebagai calon juara AJL36.

TONTON VIDEO RED CARPET AJL-36!

Sementara itu naib juara milik lagu Cinta nyanyian Marsha Milan dan tempat ketiga adalah Mimpi (Haqiem Rusli).

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Bagi kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh Marsha Milan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000.

marsha

Marsha diumum sebagai naib juara dan persembahan terbaik menerusi lagu Cinta.

Manakala vokal terbaik menjadi milik Aina Abdul dan membawa pulang RM12,000.

Anugerah Penyanyi Pilihan Popular dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar.

Malam AJL36 turut dimeriahkan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassian ketika pembukaan.

haqiem ajl

Haqiem menerusi lagu Mimpi terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Dayang Nurfaizah tampil membuat persembahan bagi segmen penaja AJL36.

Kumpulan Wings turut tampil membuat persembahan pada malam tersebut.

Kesemua persembahan diiringi oleh okestra di bawah pimpinan Datuk Ramli MS.

aina ajl

Aina dengan fesyen unik mengungguli kategori vokal terbaik.

Barisan juri terdiri daripada Datuk Mozhani Ismail sebagai ketua juri, LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Habsah Hassan, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim dan Faizal Tahir.

AJL36 yang membawa tema Ini Rentak Kita berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Ahad dihoskan oleh Alif Satar, Nabila Huda dan Sissy Iman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain