suria

Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementar

Kemenangan AJL36 harap dapat suntik semangat buat band indie lain

PERTAMA kali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) dan diumumkan sebagai juara pastinya menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kumpulan SOG.

Vokalisnya, Raja Nazrin Shah berharap kejayaan itu membuka mata band indie seperti mereka untuk terus memperjuangkan hasil karya berkualiti dan mampu bersaing dalam pertandingan berprestij sebegini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa umum pencen, tapi peminat tetap minta ramalan AJL36... Akhirnya ‘Mimpi’ dan ‘Pelukan Angkasa’ jadi pilihan

“Kami hanya menjadi diri sendiri dengan mempersembahkan karya kami kepada peminat.

“Untuk mereka yang mahu berjinak-jinak menghasilkan lagu, kenali diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain.

“Karya yang unik itu akan terhasil jika ada percaya pada kemampuan diri sendiri,” ujar kepada mStar.

Selain Raja Nazrin, SOG atau Sekumpulan Orang Gila dianggotai oleh Riko Agus, Raja Nazmin Shah, MK Ridzuan, Abdul Qayyum dan Amsyar Saiful.

marsha ajl

Marsha turut memenangi kategori persembahan terbaik.

Lirik lagu tersebut ditulis oleh Fazleena Hishamuddin dan SOG tampil berkolaborasi dengan penyanyi Shila Amzah.

Tambahnya, dia tidak menyangka dan bersyukur lagu yang dicipta pada 2018 itu akhirnya diangkat menjadi juara AJL36.

Karya yang unik itu akan terhasil jika ada percaya pada kemampuan diri sendiri

RAJA NAZRIN (SOG)

VOKALIS SOG

Tambahnya, dia tidak menyangka dan bersyukur lagu yang dicipta pada 2018 itu akhirnya diangkat menjadi juara AJL36.

“Lagu tersebut telah dicipta pada tahun 2018. Kami sendiri tidak sangka akan sampai ke tahap ini.

“Tidak kira cepat atau lambat, Tuhan telah berikan jalan yang terbaik untuk kami menang pada malam AJL36 kali ini,” ucapnya.

Sementara itu, Shila Amzah yang memberikan persembahan memukau pada malam Ahad itu juga memberitahu berasa lebih tenang beraksi di pentas AJL.

haqiem rusli

A Aida bersama Haqiem menerusi lagu Mimpi di tempat ketiga.

“Mungkin sebelum ini saya masuk AJL atau separuh akhir mempertaruhkan lagu sendiri, jadi perasaan gementar itu sukar digambarkan.

“Kali ini mereka yang memberi saya satu tenaga untuk menyampaikan lagu tersebut dengan penuh semangat,” kata Shila.

Sebagai juara edisi kali kini Shila dan SOG membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Tempat kedua AJL36 jatuh kepada lagu Cinta nyanyian Marsha Milan yang merupakan ciptaan bersama Hand Nadim dan Bunga Cantik.

Manakala, tempat ketiga pula milik lagu ciptaan Datuk A Aida dan Haqiem Rusli berjudul Mimpi.

AJL36 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dihoskan oleh Alif Satar, Nabila Huda dan Sissy Iman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain