suria

[VIDEO] Marsha menyanyi ‘hit high notes’, Aina Abdul tengah tukar baju pula rasa kering tekak

IMPIAN Aina Abdul membawa pulang trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak pertama kali layak ke pertandingan itu akhirnya tercapai.

Aina yang memenangi kategori itu di AJL36 menerusi lagu Sepi bersyukur kerana keputusan juga berpihak kepadanya meskipun sedar melakukan beberapa kesilapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul terkejut ‘Fool’ dimainkan radio Jepun, bangga lagu anak Melayu ke udara di bumi ‘sakura’

“Pertama kali bertanding di AJL34 dengan lagu Sumpah saya dah impikan anugerah ini.

“Sebagai seorang yang sukakan ilmu vokal, ini adalah satu penghargaan yang tidak disangka buat saya.

“Terima kasih kepada juri yang memilih saya walaupun saya tahu ada kesilapan ketika menyanyi,” ujarnya kepada mStar.

aina ajl 2

Aina dan Khai memenangi anugerah penyanyi popular AJL36

Aina bersaing sengit dengan penyanyi Marsha Milan yang membawakan lagu Cinta dalam acara yang berlangsung malam Ahad itu.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh ketua juri AJL36 iaitu Datuk Mozhani yang menyifatkan kedua-dua penyanyi itu memberi persaingan hebat.

Memberi respons tentang hal tersebut, Aina memberitahu dia sangat mengagumi persembahan Marsha.

Apabila dikatakan sebagai pesaing, saya juga anggap itu satu penghargaan

AINA ABDUL

PENYANYI

“Anda lihat sendiri bagaimana Marsha menyampaikan lagu tersebut.

“Ketika itu saya sedang salin pakaian dan mendengar Marsha menyanyi saya yang rasa kering tekak kerana dia berjaya membawa nada tinggi dengan baik.

“Saya menghormati dan meminati Marsha. Apabila dikatakan sebagai pesaing, saya juga anggap itu satu penghargaan,” jelasnya.

Aina berjaya memenangi anugerah vokal terbaik AJL36 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Ini merupakan kali ketiga Aina bertanding di pentas AJL selepas Sumpah di AJL34 dan Semalam pada tahun lalu.

aina baju

Fesyen unik Aina di AJL36

Seperti dua tahun sebelum ini, Aina sekali lagi mencuri tumpuan penonton apabila tampil dengan fesyen dan gaya tersendiri.

“Untuk persembahan lagu Sepi, inspirasi fesyen ini adalah dari Grammy Awards. Biarpun tak menang sekurang-kurangnya dapat rasakan viba bertanding dalam sebuah anugerah berprestij seperti AJL ini.

“Manakala untuk lagu Nafas Cinta pula, baju tersebut direka oleh Melinda Looi.

“Saya hanya berikan satu perkataan sahaja iaitu ‘mekar’ dan dia olah menjadi baju seperti yang anda semua lihat,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain