suria

Big Stage dituduh kacau rating AJL36, siap bagi Tokti buat ‘closing’ tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ imbau zaman lagu Nirmala

Tema This Is Siti Nurhaliza berjaya tarik penonton menyaksikan konsert Big Stage 2022.

PEMILIHAN tema This Is Siti Nurhaliza di konsert minggu kelima Big Stage 2022 bukanlah bertujuan untuk menggugat rating Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bersiaran langsung di TV3 pada malam Ahad.

Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 iaitu Mohd Noor Firdaus Mahadi, Astro bersaing secara sihat dan mahu memberi pelbagai pilihan kepada penonton untuk memilih rancangan terbaik.

"Pada pandangan kami kita bersaing secara sihat, kita menawarkan content dan kandungan program terbaik untuk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yang mana satu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mummy Jerung tersingkir Big Stage 2022, persembahan Sofiaa Marieylla kurang ‘feel’, slang Terengganu pekat sangat

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah karya empat tahun lalu, SOG tak sangka ‘Pelukan Angkasa’ juara AJL36... Shila Amzah hilang rasa gementar

"Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada masalah untuk mereka tonton semula menerusi platform digital kami," katanya kepada mStar.

Noor Firdaus diminta mengulas komen netizen di media sosial mendakwa pemilihan tema mengangkat penyanyi kesayangan ramai itu sebagai strategi menarik penonton.

siti 2

Siti buat persembahan istimewa semasa penutup program Big Stage 2022.

"Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza. Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza.

"Big Stage nak lawan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza dan TokTi pun perform sekali hari ini.

"Big Stage bagi Siti Nurhaliza buat persembahan istimewa di penutup sebab nak mengimbau kenangan menang AJL dulu. Betul-betul kejar rating AJL36 dengan Big Stage ni," tulis netizen di laman Twitter.

Mereka dah berikan yang terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehabis mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka

SITI NURHALIZA

PENYANYI/ JURI

Konsert minggu kelima menyaksikan sembilan peserta diberi tugasan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.

Pada konsert istimewa itu Siti Nurhaliza turut menyanyikan tiga lagu hitsnya iaitu Nirmala, Balqis dan Hati Kama.

Mengulas mengenai persembahan kesemua peserta, Siti Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap berkata dia berpuas hati dengan kualiti nyanyian mereka.

siti 3

Siti yang juga merupakan juri tetap memuji pesembahan kesemua peserta menyanyikan lagu-lagu popular nyanyiannya.

"Mereka dah berikan yang terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehabis mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka. Alhamdulillah saya sangat gembira dengan persembahan mereka, semua dah tengok komen yang saya berikan.

"Masing-masing memberikan penjiwaan, muzik yang diubah suai mengikut kesesuaian suara adik-adik semua. Saya terhibur dengan persembahan mereka," komen Siti.

siti 4

Sofiaa tersingkir minggu ini.

Konsert minggu kelima Big Stage 2022 menyaksikan Sofiaa Marieylla tersingkir dan tidak layak meneruskan saingan di pentas berkenaan.

Sofiaa atau lebih dikenali sebagai Mummy Jerung menyanyikan lagu Ku Mahu menerima markah 58.6 peratus daripada juri.

AJL36

AJL36 menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah diangkat sebagai juara.

Selain Siti, Big Stage 2022 turut menampilkan Ajai selaku juri tetap dan Aliff Aziz sebagai juri undangan.

Kerusi juri pedas pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida.

Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Konsert minggu ini dihoskan oleh Sherry AlHadad dan Elly Mazlein.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain