suria

Cepatnya lelaki ‘move on’, netizen tuduh Fizi Ali gatal cuba pikat wanita di TikTok... Siap terkait punca bercerai

Video bersama Fizi yang dimuat naik Shahida menerima kecaman netizen

GARA-GARA cuba mendekati seorang wanita di TikTok, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali menerima pelbagai reaksi netizen yang berasa kurang senang dengan perkara itu.

Komen Fizi yang seolah-olah cuba memikat wanita bernama Shahida itu dianggap terlalu awal untuk ‘move on’ selepas episod perceraiannya dengan pelakon Shakilla Khoriri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi keluar dengan perempuan, Fizi Ali perjelas suara di sebalik video baca buku bersama anak

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali dan Shakilla Khoriri bercerai, janji sepakat jaga anak

“Patutlah orang kata Fizi memang ada perempuan lain.

“Baru beberapa bulan dah jumpa yang baharu, cepatnya lelaki move on.

“Maaflah, kami netizen susah move on kalau isteri tiada kontroversi tetapi ditinggalkan walau tak tahu apa punca,” ujar beberapa netizen.

fizi ali 3

Antara komen netizen

Menjawab kecaman itu, Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, menegaskan dia dan wanita berkenaan hanyalah berkawan dan komen yang ditulis itu sekadar gurauan.

“Saya dan Shahida hanyalah berkawan. Kami berjumpa di sebuah majlis dan dia memuat naik video kami bersama.

“Kalau orang yang kenal rapat, tahu bahawa saya seorang yang suka bergurau dan memberi komen manis sebegitu.

“Tak sangka pula ia menjadi bualan ramai sehingga saya menerima kecaman netizen,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tak kisahlah baru bercerai sekali pun kalau sudah bertemu jodoh itu semua ketentuan Tuhan

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

Dalam pada itu, Fizi berasa kesal apabila ada yang menuduhnya sebagai lelaki gatal dan punca perceraian.

Katanya, hal keruntuhan rumah tangga sebelum ini terlalu peribadi dan hanya mereka sahaja yang tahu.

“Selepas tersebar video tersebut, ramai yang katakan saya seorang lelaki gatal dan menjadi punca bercerai.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, hal perceraian saya biarlah kami sahaja yang tahu. Lebih baik saya diam.

“Jika netizen mahukan katakan saya menjadi punca, terpulanglah... saya tidak mampu nak tutup mulut mereka lagi.

“Saya juga bimbang jika nanti saya sudah ada jumpa pengganti hati, perkara sebegini akan berulang lagi,” ujarnya.

fizi ali 2

Fizi dan Shakilla bersama anak mereka, Ameena

Sementara itu, bagi Fizi isu cepat bertemu semula jodoh bukanlah satu masalah besar memandangkan dirinya kini kembali solo.

“Tak kisahlah baru bercerai sekali pun kalau sudah bertemu jodoh itu semua ketentuan Tuhan.

“Ada juga yang mahukan saya kembali bersama Shakilla, dan itu juga terserah kepada jodoh,” katanya.

Fizi dan Shakilla mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain