suria

Terkejut pertama kali dapat perhatian luar biasa... Marsha Milan takut cepat 'expired’, jadi tak relevan selepas tiga bulan

Marsha tak sangka persembahannya di malam AJL36 masih diperkatakan.

PERSEMBAHAN memukau penyanyi Marsha Milan menerusi lagu Cinta di malam Anugerah Juara Lagu yang ke 36 (AJL36) pada Ahad lalu masih menjadi bualan dan tular di media sosial.

Pertama kali mendapat perhatian sebegitu, Marsha atau Marsha Milan Londoh mengakui terkejut apabila persembahannya itu memberi impak yang besar kepada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dugaan lagu Cinta, Marsha Milan dedah demo pernah hilang sebelum rakaman... Minta tolong rakan gubah semula

ARTIKEL BERKAITAN: Ini punca Marsha tewas, rupa-rupaya vokal Aina Abdul lebih berat dan bulat... Tapi Cikgu Shafi kata tak menang pun tidak mengapa

"Sebenarnya, saya baru merasai benda itu (persembahan diperkatakan). Masa selesai buat persembahan, memang saya dah tak fikir apa.

Marsha 1

Video persembahan Marsha kini trending nombor satu di YouTube.

"Rasa lega sebab macam satu beban dalam hidup saya dah diangkat. Bila orang perkatakan persembahan saya, ingatkan macam sehari dua saja.

"Tapi impaknya besar sangat. Saya sendiri terkejut, sebab tak jangka selama ini saya keluar lagu atau buat persembahan, tak ada beri impak apa-apa," katanya kepada mStar.

Video persembahan nyanyian Marsha yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi TV3 kini menjadi trending nombor satu di platform tersebut.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 2 juta tontonan dan 8,000 ribu komen yang tidak henti memuji vokal Marsha pada malam itu.

Orang selalu cakap, kalau benda havoc ada expired date

MARSHA MILAN

PENYANYI

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ini mengakui dia berasa bimbang dengan jangkaan orang terhadap persembahannya pada masa akan datang.

"Terus-terang, saya takut bila dapat sesuatu yang terlalu overwhelming akan memakan diri sendiri. Saya selalu kalau dapat macam ini, saya akan berjaga-jaga.

"Orang selalu cakap, kalau benda havoc ada expired date. Mungkin dua, tiga bulan saja, lepas itu tak relevan. saya takut benda tu jadi pada saya.

"Tapi saya akan cuba untuk jadi relevan dengan mengekalkan konsep dan direction yang saya dah set dari dulu lagi untuk nyanyian saya," ujarnya.

Marsha 2

Lagu ciptaan Akim dan Stacy mendapat tempat kedua.

Untuk rekod, lagu ciptaan Bunga Cantik (Stacy) dan Hang Nadim (Akim Ahmad) itu memenangi tempat kedua AJL36 dan Persembahan Terbaik.

AJL36 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur itu menyaksikan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah menjadi juara.

Manakala lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli yang dicipta oleh Datuk A Aida pula menduduki tempat ketiga dan vokal terbaik dimenangi oleh Aina Abdul.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain